Aleix Espargaro telah mengesahkan bahawa dia akan kekal bersama pasukan Aprilia Racing Team Gresini untuk dua musim yang akan datang. Satu kontrak dua tahun yang baru telah ditandatangani menandakan penunggang kelahiran Sepanyol itu akan terus mengemudi Aprilia RS-GP sehingga hujung musim 2020. Tiada sebarang berita mengenai siapakah yang bakal menjadi penunggang kedua Aprilia.