Honda CRF1000L Africa Twin mungkin akan tampil dengan enjin berkapasiti 1100cc pada tahun 2020. Penambahan kapasiti ini adalah untuk menyediakan motosikal tersebut bagi mematuhi piawaian Euro 5. Motosikal kembara kelas pertengahan turut menghasilkan jumlah kuasa yang sama seperti model Africa Twin semasa.
Tag: Africa Twin
Motosikal Honda CRF1000L Africa Twin mengimbau kembali kenangan pada model Africa Twin tahun 90-an. Ianya merupakan tawaran Honda dalam pasaran motosikal dwi-sukan berkapasiti tinggi. Motosikal ini besar dan tinggi, dan ianya lebih cenderung untuk penunggangan ‘off-road’.
Boon Siew Honda telah melancarkan model CB1000R dan CB250R sebagai sebahagian daripada rangkaian Neo Sports Café mereka. Kedua-dua motosikal baharu ini menyertai model X-ADV dan Africa Twin sebagai sebahagian daripada tawaran ‘Big Bike’ Boon Siew Honda. CB1000R datang dengan harga dari RM74,999 dan untuk CB250R, dari RM22,999 (harga asas dengan 0% GST).
Honda telah memecahkan rekod dunia untuk altitud tertinggi didaki oleh motosikal silinder berkembar menggunakan Africa Twin terbarunya Sepasukan berlima mendaki Nevado Ojos del Salado, gunung berapi aktif tertinggi di dunia yang terletak antara Argentina dan Chile Fabio Mossini, Juara Dunia enduro dari pasukan perlumbaan Sud America Honda menunggang Africa Twin sehingga ke…