Honda Rebel 500 2017 Dilancarkan Secara Rasmi Di Art of Speed Malaysia 2017 – RM31,798!

  Boon Siew Honda dengan rasminya telah mengumumkan bahawa motosikal terkini mereka, Honda Rebel 500 2017, akan tersedia sebagai sebahagian daripada rangkaian motosikal ‘gayahidup’ di Malaysia. Pengumuman rasmi ini telah dibuat semalam bersempena dengan festival Art of Speed Malaysia 2017 yang berlangsung di Malaysia Agro Exposition Parks Serdang (MAEPS). Motosikal serba baru Rebel 500 “Bobber”…