Hari Kedua Ujian MotoGP Rasmi Sepang 2018 bermula di bawah terik cahaya matahari. Hanya tiga orang penunggang sahaja telah mencatat masa di bawah 2:00 minit buat masa ini. Pertarungan tiga penjuru di antara Ducati, Honda, dan Yamaha diteruskan pada masa ini.
Tag: 2018 sepang official motogp test
Hari pertama Ujian MotoGP Rasmi Sepang 2018 menyaksikan Dani Pedrosa mendahului keseluruhan lapangan penunggang, mengatasi desakan lewat dari penunggang pasukan pengilang Ducati. Dani sentiasa menunjukkan prestasi hebat dan pernah memenangi perlumbaan di Sepang. Pendahulu awal dari pasukan pengilang Yamaha telah ditinggalkan di belakang.
MotoGP musim 2018 telah pun bermula dengan Ujian Musim Sejuk. Diadakan di Litar Antarabangsa Sepang, para pasukan yang bertanding telah kembali semula untuk menguji jentera terbaru mereka. Dorna telah mengurangkan lagi jumlah ujian untuk tahun ini, menjadikan sesi ini bertambah pentingnya.