Harley-Davidson Iron 1200 Dan Forty-Eight Special 2018 Diperkenalkan!

  Harley-Davidson baru sahaja memperkenalkan motosikal Harley-Davidson Iron 1200 dan Forty-Eight Special 2018. Dua model terbaru ini adalah tambahan bagi rangkaian Sportster mereka yang datang dengan enjin Evolution V-Twin 1,200cc mereka. Motosikal Iron 1200 telah ditetapkan harganya pada $9,999 (RM39,131) manakala Forty-Eight Special pula pada tanda harga $11,299 (RM44,218) untuk pasaran Amerikat Syarikat.