GP Qatar: Vinales Bermula Di Petak Depan

Pelumba Yamaha, Maverick Vinales berjaya merebut petak utama bagi aksi pembukaan saingan MotoGP 2019 di Qatar selepas mengungguli sesi kelayakan penuh drama. Vinales meneruskan aksi mantap dari ujian pra-musim di Litar Losail untuk menewaskan wakil Ducati, Andrea Dovizioso dengan perbezaan 0.198 saat sementara juara bertahan, Marc Marquez terpaksa akur dengan kedudukan ketiga. Jorge Lorenzo –…

Kalendar ARRC Musim 2019 Diumumkan – Pusingan baharu Di Korea Selatan!

Kalendar rasmi ARRC 2019 telah pun diumumkan di mana sejumlah tujuh buah pusingan akan berlangsung pada musim hadapan. Buat pertama kalinya, Kejohanan FIM Asia Road Racing Championship akan menampilkan kelas premier 1,000cc yang baharu, iaitu ASB1000 (Asia Superbike). Pusingan pertama akan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bermula dari 8 hingga 10 Mac 2019.

MSC – Takhta Kategori Superstock Buat Hafiq Azmi Dan TOC HKM RACING!

Amirul Hafiq Azmi dan TOC HKM Racing Team telah berjaya memenangi keempat-empat perlumbaan dalam pusingan terakhir bagi kejohanan Pirelli Malaysia Superbike Championship (MSC) 2018. Mengemudi jentera BMW S 1000 RRnya, penunggang berusia 21 tahun itu telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan musim 2018 bagi kategori Superstock. Untuk kategori Superbike, Mohd Ramdan Rosli dan Muhammad Jamalul Tarmizi…

Adakah Ini BMW S 1000 RR 2019 Yang Baharu?

Imej hasilan yang menunjukkan sebuah motosikal yang kelihatan seperti BMW S 1000 RR 2019 telah tersebar di atas talian. Berdasarkan gambar tersebut, model 2019 ini bercirikan reka bentuk serba baharu yang lebih lancar dan mengalir. Sumber-sumber mengandaikan bahawa motosikal ini akan tampil dengan lebih kuasa dan diterapkan dengan teknologi berinspirasikan MotoGP.