Pengecualian Duti Eksais Motosikal Bawah 150cc Tamat, HLYM Kemas Kini Senarai Harga

Susulan pengecualian duti eksais 100 peratus untuk motosikal pemasangan tempatan bawah 150cc telah pun berakhir pada 31 Disember 2021, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) mengemas kini senarai harga bagi beberapa model terlibat. Antara motosikal yang terlibat adalah Yamaha 135LC, Ego Avantiz, Ego Gear, NVX dan NMax. Menurut HLYM, harga bagi Yamaha 135LC SE meningkat kepada…

WMoto F15 2022 Dilancarkan Di Malaysia – RM5,999

Kategori kapcai 150cc kini bertambah sengit dengan penyertaan model terbaru, WMoto F15. Pada harga hanya RM5,999 menjadikan WMoto F15 motosikal 150cc yang paling mampu milik dalam pasaran ketika ini. Model tahun 2022 itu tampil dengan tiga warna menarik – Turquoise, Green dan Dark Blue – dan didatangkan dengan enjin satu silinder 149.2cc SOHC yang menawarkan…

ShiftBoss 2.0 Jajan Baharu Untuk 30,000 Pengguna ECU TuneBoss

FSR Technology kali ini memperkenalkan ShiftBoss 2.0 untuk pasaran tempatan. ShiftBoss 2.0 ini merupakan sistem ‘quickshifter’ yang membolehkan penunggang menukar gear dengan pantas tanpa perlu menarik klac atau menutup ‘throttle’. Menariknya, ShiftBoss 2.0 ini bukan sahaja boleh digunakan dengan ECU TuneBoss generasi kedua yang dilancarkan baru-baru ini malah boleh diselaraskan bersama TuneBoss generasi pertama. ShiftBoss…

HLYM Lancar Yamaha Y16ZR Edisi Doxou – Terhad Kepada 5,000 Unit, RM11,688

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) dengan rasminya memperkenalkan Yamaha Y16ZR edisi Doxou untuk pasaran tempatan. Model khas itu hanya terhad kepada 5,000 unit sahaja dan ditawarkan pada harga RM11,688 (sebelum cukai jalan dan insurans). Y16ZR edisi Doxou ini juga meneruskan kesinambungan daripada Y15ZR yang sebelum ini juga turut diperkenalkan sebagai edisi Doxou. Model edisi khas…

T-Fork Tiruan Ancam Nyawa – MIROS

Seorang penunggang maut selepas terbabit kemalangan dengan motosikal jenis Yamaha Y15ZR, baru-baru ini. Menerusi info dikongsikan laman Facebook Polis Pahang, kejadian berlaku ekoran fork depan patah secara tiba-tiba lantas menyebabkan mangsa hilang kawalan lalu terbabas. Hasil siasatan kemudiannya mendapati modifikasi telah dilakukan terhadap bahagia t-fork dan fork depan dengan menggantikan bahagian asal kepada komponen ‘aftermarket’…

PDRM Cadang Hadkan Motosikal Bawah 70cc Bagi Penunggang 20 Tahun Ke Bawah

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengemukakan cadangan perlesenan baharu kepada Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) serta Kementerian Pengangkutan. Cadangan tersebut adalah menghadkan penunggang motosikal berusia di antara 16 hinnga 20 tahun untuk hanya dibenarkan menunggang motosikal 70cc ke bawah menjelang 2025. Perkara itu disuarakan sendiri Ketua Penolong Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman,…

5 Sebab Modenas Pulsar NS200 ABS Motosikal ‘Beginner’ Terbaik Untuk Rakyat Marhaen

Segmen motosikal kapcai sememangnya mendominasi pasaran di Malaysia susulan menawarkan harga mampu milik, mudah dikendalikan dan tidak banyak karenah apatah lagi hadir dengan kos penyelenggaraan yang rendah. Namun, ada di antara kita yang turut memasang niat untuk naik taraf ke jentera lebih berkuasa bagi menikmati prestasi dan kelajuan yang lebih baik namun tidak memiliki bajet…

Rudy GTB Beli Yamaha RXZ Catalyzer 2010 ‘Anak Dara’ RM100,000!

Baru-baru ini sebuah Yamaha 125ZR telah terjual dengan harga RM85,000 dan sebelum itu, seorang penjual telah meletakkan harga RM70,000 bagi Yamaha RXZ miliknya. Kini, Rudy Geng Tayar Besar (GTB) yang terkenal dengan melakukan modifikasi tayar besar kepada beberapa model kapcai antaranya Y15ZR, dikatakan telah membelanjakan RM100,000 bagi membeli sebuah Yamaha RXZ Catalyzer 2010 (NOS)! Rudy…

Kapcai Custom Buka Langkah Sulung Dengan ‘Ride’ Amal

Selaras dengan objektif merevolusikan arena kapcai di Malaysia, Kapcai Custom memulakan langkah sulung dengan menganjurkan ‘ride’amal ke PAYSUM (Lembaga Pengurusan dan Kebajikan Anak Yatim Miskin) di Melaka. Seramai 20 ‘rider’ termasuk kenderaan sokongan memulakan perjalanan dari Solaris Dutamas sehingga ke R&R Seremban untuk bertemu dengan wakil PAYASUM sebelum kembali ke atas jalan untuk ke tempat…