Kebelakangan ini pengeluar motosikal dunia gemar menghasilkan motosikal bersesaran 660cc antaranya Aprilia dengan RS 660, Tuono 660 dan Tuareg 660 sebelum diekori Triumph dengan Trident 660 dan Tiger Spprt 660. Dalam perkembangan terbaru, sebuah lagi pengeluar motosikal, kali ini dari China bakal mengikut jejak sama. Berdasarkan laporan terkini, Voge dikhabarkan sedang membangunkan sebuah jentera ‘sportsbike’…
Sebelum ini kami telah pun melaporkan bahawa jenama motosikal mewah Itali, MV Agusta, bakal menembusi pasaran Malaysia menerusi pengedar baharu, AFY Mobility Sdn Bhd (AMI). Menariknya, bukan sekadar mengedar malah beberapa model akan turut dipasang sepenuhnya di Malaysia. Dalam perkembangan terbaru, Pengerusi Kumpulan Eksekutif AMI, Ahmad Faez Bin Tan Sri Yahaya telah berkongsi beberapa gambar…
Pengeluar motosikal India, Bajaj Auto telah menaik taraf model popular Pulsar NS200 bagi tahun 2023. Pulsar NS200 merupakan model yang bukan sahaja dipasarkan di India malah di Asia Tenggara termasuk Malaysia. Bagaimanapun, model itu dijenamakan semula sebagai Modenas disini. Bagi tahun 2023, Pulsar NS200 telah dinaik taraf dengan beberapa ciri baharu termasuk fork USD (upside/down)…
Indonesia bakal melaksanakan beberapa peraturan baharu terhadap pelancong luar terutamanya mereka yang gemar ke Pulau Bali. Menurut Gabenor Bali, Wayan Koster dalam satu kenyataan menyebut kerajaan negara itu bakal menguatkuasakan beberapa peraturan baharu bagi menyekat pelancong luar yang bekerja secara haram di pulau tersebut. Difahamkan, penduduk Bali juga kurang senang dengan lambakan pelancong asing terutamanya…
Skuter popular, Yamaha NMAX telah dikemas kini dengan pilihan warna baharu bagi tahun 2023. Menurut Hong Leong Yamaha Motor (HLYM), skuter itu kini datang dengan pilihan warna Merah dan Biru dan dijual pada harga (terbaru) RM9,798 bermula 16 Mac ini. Seperti biasa, setiap pembelian Yamaha NMAX akan disertakan dengan ‘Yamaha safety disc lock’ benilai RM100. …
MForce merupakan antara pengedar terbesar di Malaysia kerana mengendalikan beberapa jenama motosikal di sini termasuk Benelli, SYM, WMOTO, QJMotor dan terbaru CFMoto. Baru-baru ini, MForce turut memperkembangkan portfolio WMOTO di Malaysia menerusi pelancaran WMOTO Bobbie VII yang merupakan motosikal gaya retro moden dengan kapasiti enjin 700cc. Sewaktu pelancaran, MForce turut mendedahkan perancangan untuk memperkenalkan sebuah…
Ketika KTM memperkenalkan KTM 1290 Super Duke RR pada tahun 2021, kesemua 500 unit model edisi terhad itu habis terjual dalam masa kurang satu jam. Oleh sebab itu, kami tidak terkejut KTM membuat keputusan untuk memperkenalkan versi 2023 bagi memenuhi kehendak peminat yang terlepas peluang mendapatkan jentera itu dua tahun lalu. Seperti 1290 Duke RR…
Acara ‘Kustom dan Counter Culture’ terbesar di Malaysia, Art Of Speed kembali lagi bagi edisi 2023. Seperti kebiasaan, edisi kali ini akan turut bertempat di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS). Menariknya, edisi kali ini dijangka terbessar yang pernah diadakan dengan acara kali ini akan melibatkan kesemua dewan utama di MAEPS bagi menempatkan lebih banyak acara…
Fabio Quartararo berjaya melakar perubahan pada hari terakhir ujian pra-musim di Portimao, Portugal namun berasakan pakej aerodinamik yang diujinya tidak membawa perubahan besar. Meskipun jentera YZR-M1 hadir dengan ‘rear wing’ yang agak esktrem namun Quartararo berpendapat dia tidak merasakan sebarang perbezaan langsung. “Tak rasa pun. Maksud saya, ia bukanlah baik atau buruk tetapi saya rasa…