Motosikal Sulung Bajaj-Triumph Lancar Tahun Ini

Bajaj Auto dan Triumph Motorcycles telah pun memulakan beberapa sesi ujian terhadap motosikal berkapasiti kecil hasil kerjasama kedua-dua pihak sejak setahun lalu.  Setakat ini, kami difahamkan bahawa terdapat dua model yang akan ditawarkan hasil daripada kerjasama itu membabitkan model 250cc dan 400cc dengan kedua-duanya dikuasakan enjin satu silinder. Pada masa sama, laporan terkini mendakwa terdapat…

6 Maut, Van Langgar Penghadang Jalan Turun Dari Genting Highlands

Enam individu telah dilaporkan maut dalam nahas jalan raya yang berlaku di Genting Highlands di Kilometer 4.8 Jalan Genting Highlands, hari ini.  Menurut laporan Kosmo, enam individu maut manakala sembilan lagi cedera setelah van yang dinaiki terbabas dan melanggar penghadang jalan sewaktu dalam perjalanan turun.  Kejadian itu disahkan Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat…

Bengkel Kena Serbu, Pemilik Kecewa Motosikal ‘Parking’ Turut Kena Tindakan

Baru-baru ini pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang telah melakukan operasi di Georgetown, Pulau Pinang dengan membuat pemeriksaan terhadap lima buah bengkel motosikal. Hasil daripada pemeriksaan itu, pihak JPJ Pulau Pinang dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), sebanyak 66 saman telah dikeluarkan. Antara…

TERKINI: Kawasaki GPZ900RS Ninja Dalam Pembangunan

Barisan model RS keluaran Kawasaki sememangnya cukup popular ekoran pengeluar motosikal Jepun itu mengekalkan DNA klasik yang pernah popular pada era 70an hingga 80an. Hasilnya, model seperti Kawasaki Z900RS yang diinspirasikan daripada model Z1 kekal popular sejak diperkenalkan. Populariti Z900RS juga membawa kepada Kawasaki menghasilkan Z650RS dalam usaha menembusi pasaran yang lebih luas terutamanya dalam…

Sepang Shakedown: Yamaha Uji ‘Winglet’ Baharu Di Hari Kedua

Hari kedua ujian tertutup ‘Sepang Shakedown’ menyaksikan Yamaha giat menguji jentera Yamaha YZR-M1 dengan pelumba uji Cal Crutchlow.  Hari pertama di Litar Antarabangsa Sepang menyaksikan Crutchlow berjaya mencatatkan kelajuan maksima 330km/j, naik 3km/j berbanding musim lalu.  Ini sekaligus menyaksikan Yamaha cuba menunaikan permintaan Fabio Quartararo dalam menghadirkan kelajuan maksima yang lebih tinggi dalam usaha menyaingi…

Potong Brek, Pasang Tayar Sotong, 5 Bengkel Motosikal Terima 66 Saman

Lima buah bengkel motosikal telah dikenakan tindakan saman oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang setelah didapati melakukan pengubahsuaian motosikal secara haram.  Memetik laporan BERNAMA, JPJ Pulau Pinang telah mengeluarkan 66 notis saman terhadap lima pemilik bengkel berkenaan setelah didapati melakukan ubah suai pada 24 motosikal yang terdapat pada premis masing-masing. Menurut Pengarah JPJ…

Lelaki Ini Sempurnakan Koleksi Yamaha RX-Z Catalyzer 2003 Hingga 2011

Tidak dinafikan, motosikal Yamaha RX-Z merupakan antara model yang mempunyai peminatnya tersendiri.  Acara seperti RXZ Members juga berjalan meriah setiap penganjuran dan mendapat sambutan hebat kerana dapat mengumpulkan pemilik motosikal tersebut dari seluruh negara.  Bagaimnanapun, seorang peminat dan pengumpul membuktikan dirinya sebagai peminat tegar apabila berjaya melengkapkan koleksi Yamaha RX-Z Catalyzer dari tahun 2003 hingga…

Helmet Shoei J-Force 2 Ini Dipinang Dengan Harga RM86,000

Selain motosikal, helmet juga mempunyai barisan peminat tersendiri terutamanya helmet berjenama seperti Arai, Shoei dan AGV. Ada juga yang sanggup habis beribu bagi mendapatkan helmet idaman.  Namun, seorang pembeli ternyata mempunyai minat mendalam pada sebuah helmet apabila sanggup membelanjakan lebih RM80,000. Perkongsian terbaru oleh FT Garage Racing di Facebook menceritakan bagaimana sebuah helmet jenis Shoei…