Nuovo, Click, Step or Ego?

Saya telah ternampak motor ini di Kelantan semasa saya sedang mengisi minyak motor EX-5 saya. Jika anda perhatikan pada nombor plet motor ini, anda akan dapati nombor pendaftarannya tertulis NARATHIWAT. Jadi, ini adalah motosikal daripada Thailand. Saya tidak dapat memastikan model motor ini. Namun begitu, ia begitu mirip dengan Yamaha Nuovo. Ada sesiapa boleh bantu?