Ujian Pra-Musim: Aleix Espargaro Terpantas Sesi Pertama

Pelumba Aprilia, Aleix Espargaro mendahului catatan masa terpantas bagi Sesi Pertama (Hari Pertama) ujian pra-musim di Litar Antarabangsa Sepang (SIC). Espargaro merekodkan catatan masa 1 minit 58.371saat untuk muncul terpantas setakat ini. Sementara itu, pelumba Gresini Racing, Enea Bastianini merekodkan masa kedua terpantas dengan 1m 58.630s diikuti wakil Suzuki Ecstar, Alex Rins ketiga dengan catatan…

Kod Nama RN82 Dan RN83 Sahkan Yamaha Bakal Lancar R9 Tahun Ini?

Tahun 2021 merupakan tempoh sibuk buat Yamaha apabila melancarkan beberapa model baharu antaranya, MT-09, Tracer 9 dan Tracer 9 GT serta model serba baharu, YZF-R7. Pengeluar motosikal Jepun itu turut memperkenalkan TMAX Tech Max 560 penghujung tahun lalu sebagai model 2022. Bagaimanapun, perkembangan terbaru mendapati Yamaha tidak merancang untuk berhenti disitu apabila dokumen terbaru difailkan…

Darryn Binder Dan Fabio Quartararo Kongsi Banyak Persamaan – RNF Racing

Pengurus pasukan WithU Yamaha RNF MotoGP Racing, Wilco Zeelenberg berpendapat terdapat banyak persamaan antaranya juara dunia, Fabio Quartararo dan pendatang baharu di kelas premier, Darryn Binder. RNF Racing kendalian Datuk Razlan Razali mencetuskan pelbagai reaksi apabila mengumumkan Darryn Binder sebagai pelumba kedua pasukan itu selepas Andrea Dovizioso. Binder melangkah terus ke MotoGP dari Moto3 selepas…

CB750S Jawapan Honda Untuk Saingi Yamaha MT-07

Tahun lalu di EICMA, Honda membuat kejutan apabila mendedahkan ‘teaser’ sebuah motosikal baharu yang akan dilancarkan tidak lama lagi. Meskipun ‘teaser’ tersebut hanyalah gambaran CGI namun, media Jepun, Autoby telah menghasilkan imej ‘render’ yang dipercayai rupa sebenar motosikal tersebut yang didakwa sebagai Honda CB750S. Meskipun hanyalah gambar rekaan semata-mata namun melihat kepada rekod Autoby yang…

Baby Triumph Hasil Kerjasama Dengan Bajaj Dikesan Jalani Ujian

Selepas sekian lama Triumph dan Bajaj menoktahkan perjanjian kerjasama, akhirnya motosikal sulung hasil kolaborasi dua jenama itu dikesan menjalani ujian jalan raya di United Kingdom. Menariknya, gambar ‘spy shot’  itu mendedahkan beberapa perkara, pertamanya model sulung itu bukanlah motosikal yang diinspirasikan daripada Trident 660 seperti yang didakwa sebelum ini. Sebaliknya, jentera ujian itu mirip model…

Honda Vario 160 2022 Dilancarkan Di Indonesia – 15.2HP, 13.8Nm

Astra Honda Motor telah pun melancarkan Vario 160 untuk pasaran Indonesia. Bagi tahun 2022, Vario telah dikemas kini dengan rekaan baharu serta enjin bersesaran 160cc berbanding 150cc sebelum ini. Menariknya, Vario 160 juga dilengkapi beberapa ciri baharu antaranya daytime running light (DRL), ciri sama yang sebelum ini terdapat pada ADV 150. Kehadirann lampu DRL juga…

MV Agusta Terima 15,000 Pra-Tempahan Bagi Lucky Explorer 9.5 Dan 5.5

Meskipun belum lagi dipasarkan namun MV Agusta telah menerima lebih 15,000 pra-tempahan bagi dua model ADV akan datang, Lucky Explorer 9.5 dan Lucky Explorer 5.5. Perkara itu disahkan Ketua Pegawai Eksekutif, Timur Sardarov dalam satu temu bual bersama media antarabangsa. “Kami telah terima lebih 15,000 pra-tempahan setakat ini. Bukan setakat Lucky Explorer sahaja, terdapat juga…

Zongshen Lancar Cyclone RX1S Di China – 249cc, 24HP

Zongshen telah pun melancarkan Cyclone RX1S di China, motosikal ADV varian terbaru itu telah dikemas kini bagi tahun 2022. Difahamkan, model tersebut bakal menyaingi Honda CB200X yang turut dipasarkan di negara itu. Dari aspek rekaan, ternyata tak tumpah sepereti RX1 namun terdapat beberapa perbezaan ketara antaranya jarak kelegaan tanah lebih tinggi, 175mm berbanding 170mm pada…

Tempahan Dah Mula Dibuka Bagi Italjet Dragster 125 – RM31,990?

Baru-baru ini, media tempatan Paultan.org telah pun melaporkan bahawa Italjet Dragster 125 akan dibawa masuk ke pasaran Malaysia menerusi Chear Global. Tinjauan kami di aplikasi e-commerce Mudah.my mendapati sudah terdapat pengedar yang membuka tempahan bagi skuter sporty tersebut. Menurut info dikongsikan, tempahan bagi Italjet Dragster 125 itu diterima serendah RM50, dengan hanya beberapa unit akan…