RASMI: Aprilia Dedah RS 457 – 158kg, 47HP

Susulan terdapat permintaan tinggi terhadap motosikal ‘entry-level’, Aprilia dengan rasminya mengumumkan kemunculan Aprilia RS 457 untuk pasaran motosikal global.  Menjadikan pengalaman di pentas kejuaraan dunia sebagai tunjang utama, Aprilia RS 457 mengguna pakai ‘crankcase’ sebagai elemnen galas beban utama sepertimana yang ditawarkan RS 660. Hasilnya, RS 457 tampil dengan dinamik terbaik di samping pengalaman menunggang…

TVS Lancar Apache RTR 310 Di Thailand – Dengan Cruise Control, Mod Supermoto

TVS Motor Company dengan rasminya memperkenalkan Apache RTR 310 dalam satu pelancaran global yang diadakan di Bangkok, Thailand.  Akan turut dipasarkan di Malaysia dibawah pengedar baharu yang akan diumumkan tidak lama lagi, TVS Apache RTR 310 merupakan motosikal berteknologi tinggi yang dibangunkan daripada platform satu silinder 310cc yang turut diguna pakai Apache RR 310. Enjin…

Aprilia RS 457 Bakal Dilancarkan 7 September Ini

Aprilia bakal mengorak langkah sulung dalam segmen ‘entry-level’ apabila bakal melancarkan RS 457 pada 7 September ini sekaligus bakal bersainga dengann beberapa model lain termasuk Kawasaki Ninja 400 dan KTM RC 390.  Pendedahan itu dibuat berdasarkan ‘teaser’ terbaru yang dikongsikan di beberapa platform rasmi Aprilia. Menariknya, meskipun imej ‘teaser’ itu tidak menampakkan keseluruhan rupa namun…

Azlan Shah Jumpa Semula Helmet Arai Selepas Dua Tahun Hilang Dicuri

Pelumba negara, Azlan Shah Kamaruzaman berjaya menemukan semula helmet Arai kesayangan selepas dua tahun hilang akibat dilarikan pencuri.  Azlan Shah berdasarkan perkongsian di media sosial, menceritakan bagaimana dia berjaya menemukan semula helmet Arai Azlan Shah hasil daripada pertolongan seorang individu bernama Amzar.  View this post on Instagram A post shared by AZLAN SHAH KAMARUZAMAN (@azlanshah25)…

Kematian Pelumba Drag: Tiada Kelulusan MAM, KBS Mahu Penganjur Bertanggungjawab

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahu pihak penganjur Malaysia Drag Bike National ET Record Championship 2023 Road Tour 2023 bertanggungjawab atas kematian salah seorang peserta yang terbabit kemalangan pada Ahad.  Memetik laporan Harian Metro, Ketua Setiausaha (KSU) KBS Dr K Nagulendran pihak penganjur harus bertanggungjawab ekoran mengadakan perlumbaan yang tidak mendapat kelulusan Persatuan Permotoran Malaysia…

Ada Kedai Mula Terima Tempahan Modenas Versys-X 250

Beberapa minggu lalu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Modenas, Roslan Roskan, telah pun mengesahkan bahawa Modenas Versys-X 250 akan dilancarkan tahun ini.  Berdasarkan tinjauan di beberapa pengedar rasmi Modenas, sudah ada yang menerima tempahan bagi motosikal ‘adventure’ 250cc itu. Menariknya, ada yang memberi anggaran harga Versys-X 250 sekitar RM26k. Namun, kami jangkakan harga sebenar jauh lebih…

Pelumba ESR Motor Maut Kemalangan Di Malaysia Drag Bike National ET Record Championship 2023

Perlumbaan drag tempatan kembali menjadi topik hangat selepas peserta Malaysia Drag Bike National ET Record Championship 2023 disahkan meninggal dunia susulan kemalangan. Memetik laporan Harian Metro, Hattem Rashdi, 22, terbabit kemalangan pada hari pertama acara yang berlangsung di Pekan, Pahang. Mangsa kemudiannya bertarung nyawa lebih 12 jam sebelum disahkan meninggal dunia.  Pelumba ESR Motor itu…

CFMOTO 1250TR-G Masuk Malaysia Tahun Ini – 140HP, 120Nm

CFMOTO membuat kejutan apabila memperkenalkan 1250TR-G untuk pasaran global sekitar Mac tahun lalu. Ini kerana motosikal ‘grand-tourer’ itu pada awalnya hanya dibangunkan sebagai kegunaan pihak polis di China sebelum membuat keputusan untuk membuka jualan kepada orang ramai.  Pelancaran 1250TR-G itu sekaligus menyaksikan CFMOTO akan bersaing dengan beberapa model terkemuka termasuk BMW R 1250 RT, Yamaha…