Pemandu Wanita Kantoi Pamer Lesen Memandu Malaysia Palsu Di Australia

Seorang pemandu wanita warganegara Malaysia telah dihadapkan ke mahkamah Griffiith Local Court, New South Wales, Australia atas kesalahan memiliki lesen memandu Malaysia palsu. Menurut Griffith Highway Patrol, wanita berusia 26 tahun itu telah dikesan memandu melebihi had laju di Murrumbidgee Avenue Griffith arah utara. Wanita tersebut dirakam melakukan 113km/j dalam zon had laju 110km/j menggunakan…

Honda Super Cub 110 Pro 2022 Lancar Di Jepun Mei Ini – Dengan ABS, Tayar ‘Tubeless’

Honda Motorcycle Japan telah pun mengumumkan akan memperkenalkan Honda Super Cub 110 Pro untuk pasaran negara itu bermula Mei. Super Cub 110 Pro merupakan varian yang diperkenalkan khas untuk orang ramai yang menggunakan motosikal sebagai mod penghantar barangan. Hasilnya, Super Cub 110 Pro dilengkapi dengan bangkul di bahagian depan secara standard serta ruang letak barang…

Ducati Catat Rekod Jualan Bagi Suku Pertama 2022 – 13,450 Unit Terjual!

Pengeluar motosikal Itali, Ducati menutup suku pertama 2021 dengan pencapaian menakjubkan apabila sekali lagi merekodkan angka jualan tertinggi. Ducati berjaya menyerahkan 13,450 unit motosikal di seluruh dunia dari Januari hingga Mac tahun ini sekaligu menandakan peningkatan 5 peratus berbanding tempoh sama bagi 2021. Seperti beberapa bulan sebelum itu, Ducati Multistrada V4 kekal model paling laris…

Masalah Kenderaan Asing ‘Curi’ RON95 Berkurang – Menteri

Isu kenderaan asing yang mengambil kesempatan dengan mendapatkan petrol bersubsidi RON95 di Malaysia semakin berkurang, jelas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Alexander Nanta Linggi. Kejadian kenderaan pendaftaran asing ‘mencuri’ RON95 yang hanya ditujukan kepada rakyat Malaysia meningkat setelah kerajaan membuka sempadan negara pada 1 April lalu. Kelibat kenderaan asing terutamanya dari Singapura…

Ops Hari Raya: 5 Kesalahan Trafik Ini Hanya Boleh Diselesaikan Di Mahkamah

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong memaklumkan bahawa terdapat lima jenis kesalahan trafik yang dilakukan sewaktu Ops Hari Raya yang hanya boleh diselesaikan di mahkamah dan tidak boleh dikompaun. Lima kesalahan trafik tersebut adalah memandu di laluan kecemasan, menggunakan telefon ketika memandu, gagal mematuhi lampu isyarat merah, potong ‘Q’ dan melebihi had laju. Sebarang…

Penarik Beca Di Melaka Kini Terima Bayaran E-Wallet Touch ‘n Go

Kerajaan Melaka dengan rasminya memperkenalkan servis e-wallet menerusi aplikasi Touch ‘n Go bagi perkhidmatan beca di negeri itu. Perkara itu diumumkan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali, pada Isnin. Inisiatif tersebut diperkenalkan Divisyen Promosi Pelancongan dan sejajar dengan pembangunan teknologi di samping lebih mesra pengguna dan dapat mengurangkan penyebaran Covid-19. Menurut laporan, seramai…

CFMoto 450SR Bakal Tiba, Lancar Di MotoGP Malaysia Oktober Ini – 50HP, 39Nm

Pada penghujung Mac lalu, jenama pengeluar motosikal China, CFMoto telah pun memperkenalkan jentera terbaru, 450SR untuk pasaran dunia. Motosikal tersebut, yang dibangunkan daripada model prototaip SR-C21 merupakan jentera segmen ‘sportsbike’ serba baharu yang diperkenalkan CFMoto. Dalam perkembangan yang lebih menarik, kami dimaklumkan bahawa model 450SR serba baharu itu akan turut dibawa masuk ke pasaran Malaysia….

PUSPAKOM Tawar Pemeriksaan Kenderaan Secara Percuma Hingga 29 April Ini

Sempena kempen #drivesafenoregrets, PUSPAKOM menawarkan Pemeriksaan Kenderaan Secara Percuma untuk semua pemandu kenderaan persendirian dari 17 hingga 29 April 2022 ini. Tawaran pemeriksaan percuma itu akan berjalan di semua pusat pemeriksaan PUSPAKOM seluruh negara – kecuali Shah Alam dan Pasir Gudang yang dikhaskan untuk kenderaan komersial berat sahaja. Orang ramai yang berminat boleh membuat janji…

Empat Remaja Warga Asing Dicekup, Aktif Curi Honda EX5 Sekitar KL

Polis berjaya menahan sekumpuan remaja warga asing yang aktif dalam kegiatan mencuri motosikal jenis Honda EX5 di sekitar Kuala Lumpur. Kumpulan remaja tersebut, yang berusia antara 14 dan 16 tahun mensasarkan Honda EX5 kerana mudah dicuri selain dijual untuk tujuan lerai bagi dijadikan alat ganti. Penahan empat remaja warga asing itu disahkan Ketua Polis Daerah…