Shell Advance Lancar Minyak Pelincir Khas untuk Skuter

Dua minyak enjin Shell Advance & minyak gear Dirumus khas dengan Teknologi PurePlus and Active Cleaning Penambahbaikan pembersihan dan prestasi enjin Shell Advance telah melancarkan barisan minyak pelincir enjin khas untuk skuter hari ini. Pelancaran telah diadakan di Shell Batu 3, Shah Alam. Barisan minyak pelincir dan minyak gear terbaru dari Shell Advance adalah Shell…

2016 Honda BeAT dilancarkan di Pusanika, UKM

Boon Siew Honda Sdn Bhd baru sahaja melancarkan skuter terbaru mereka iaitu Honda BeAT di Pusanika, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebentar tadi. Skuter keluaran terbaru dari Honda ini merupakan skuter pertama di Malaysia yang mendapat pengiktirafan “Energy Efficient Vehicle” (EEV). Ini bermakna skuter ini amat mesra alam dan dapat menjimatkan penggunaan petrol.

Ulang tahun Vespa ke-70: Perhimpunan terbesar di Publika

Sambutan ulang tahun Vespa ke-70 di Publika, 19 November 2016 Sempena ulang tahun Vespa yang ke-70 tahun ini, Naza Premia Sdn Bhd (pengedar rasmi Vespa di Malaysia) akan menganjurkan satu karnival yang digelar “Largest Vespa Gathering” ataupun Perhimpunan Vespa Terbesar. Perhimpunan ini akan berlangsung di Publika Shopping Gallery, Kuala Lumpur pada Sabtu, 19 November 2016…

2016 SYM Sport Rider 125i – Pandu uji kapcai “Super Extreme”

Mengikut perkembangan SYM Malaysia yang baru sahaja melancarkan kapcai terbaru mereka pada Ogos lepas di Pulau Pinang, kami mengambil kesempatan untuk melakukan satu sesi pandu uji dengan model terbaru tersebut iaitu 2016 SYM Sport Rider 125i “Super Extreme”. SYM Malaysia telah mengaturkan satu sesi pandu uji untuk pihak kami dan kami berpeluang untuk menguji jentera ini…