Dua Beranak Bina Aventador Secara DIY, Lamborghini Hantar Model Sebenar!

Seorang ayah bersama anaknya, yang terlalu meminati sebuah kereta jenis Lamborghini Aventador telah membuat keputusan untuk membina model kereta terbabit secara DIY. Diberi nama AXAS Interceptor, Sterling Backus bersama anaknya Xander, telah berhempas pulas bagi menghasilkan kereta idaman di dalam garaj rumah mereka sendiri. Kereta terbabit menggunakan kerangka tubular sementara panel lain dihasilkan menerusi cetakan…

Nissan 370Z Paul Walker Catat Penjualan Tertinggi Di Pusat Lelongan

Nissan 370Z yang membuat penampilan dalam filem kelima Fast & Furious milik Paul Walker merekodkan penjualan tertinggi bagi model itu di sebuah pusat lelongan. Model 2009 itu merekodkan penjualan USD105,600 (RM428,218)185 ketika di tapak lelongan Barrett-Jackson Scottsdale 2020. Bagaimanapun, kereta milik Paul Walker itu tampil dengan rekaan berbeza dalam filem terbabit dan dipandu pelakon wanita,…

Bajaj Bakal Memperkenalkan Dominar 250?

Baru-baru ini beberapa imej yang memaparkan sebuah motosikal Dominar sedang menjalani sesi ujian di India. Apa yang menarik, jentera yang menjalani ujian itu mungkin tampak seperti Dominar D400 namun selepas penelitian, model tersebut menampilkan tayar yang lebih kurus sementara bahagian swingarm juga berbeza. Jadi persoalannya, adakah Dominar D400 akan diperkenalkan dalam versi 250cc? Di Malaysia,…

PETRONAS Sprinta Resepi Kejayaan Fabio Quartararo Di Pentas MotoGP 2019

Adalah menjadi satu kebanggaan bagi setiap pengeluar minyak enjin untuk menyaksikan produk mereka berjaya menyumbang kepada kejayaan di pentas dunia terutamanya dalam saingan MotoGP. Itulah yang berlaku kepada PETRONAS apabila menyaksikan pelumba PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team, Fabio Quartararo merekodkan tujuh podium, enam petak pertama dan tempat kelima keseluruhan dalam musim pertamanya di kelas premier….

135,829 Unit Kenderaan BMW M Sport Berjaya Dijual Pada 2019

BMW merekodkan penjualan terbaik bagi tahun 2019 dengan lebih 135,829 unit kenderaan berprestasi tinggi berjaya dijual. Keputusan ini meletakkan BMW Group sebagai peneraju syarikat paling berjaya bagi tahun sama. Sementara itu, 2019 turut merekodkan permintaan tinggi bagi model M Sport dan kelengkapan tambahan daripada BMW Individual. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) BMW M GmbH, Markus Flasch,…

Tiada Lagi Penolakan RM200 Di Stesen Minyak Petron!

Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) mengumumkan kerjasama dengan Petron untuk menerima bayaran menggunakan kad ATM di semua pam minyak layan diri Petron. Kerjasama ini sekaligus membenarkan pelanggan untuk menggunakan kad debit masing-masing tanpa perlu dikenakan caj awal RM200 sebelum dipulangkan semula ke akaun pemilik tiga hari kemudian. Penolakan RM200 memberi beban yang agak besar…

Bengkel Ubah Suai Motosikal Dalam Pemantauan Bukit Aman

Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias, menegaskan pihaknya memandang serius aktiviti mengubah suai motosikal di Malaysia. Kenyataan itu merujuk kepada budaya pengubahsuaian motosikal yang sering dilakukan terhadap kapcai 150cc kebawah bagi menambah kelajuan. Menurut laporan Sinar Harian, Datuk Azisman mendedahkan bagi 2019, lebih 4,087 motosikal telah dikenakan tindakan mengikut…

234hp, Ducati V4 Superleggera Definisi Gila Yang Sebenar

Merujuk kepada definisi yang boleh didapati dari Dewan Bahasa dan Pustaka, gila bererti tidak sihat fikiran, sakit otak, tidak seperti biasa dan tidak dapat diterima akal. Definisi ini mungkin paling sesuai untuk menggambarkan pendekatan yang diambil para jurutera jenama motosikal Itali paling popular di dunia dalam menghasilkan V4 versi Superleggera. Menggunakan Ducati Panigale V4R sebagai…