MotoGP: Pusingan Pertama Di Litar Losail Dibatalkan!

  Pengumuman mengejut berlaku dalam arena MotoGP apabila aksi pertama di GP Qatar dibatalkan susulan kebimbangan Covid-19. Bagaimanapun, aksi Moto2 dan Moto3 akan berjalan seperti biasa tatkala telahpun berada di Qatar bagi ujian pra-musim sejak dua minggu lalu. Difahamkan,pembatalan MotoGP Qatar berpunca daripada kerajaan negara itu yang mengenakan sekatan selama dua minggu bagi setiap pengunjung…

Tiada Kenaikan Harga Bagi Model CKD Toyota – UMWT

UMW Toyota Motor (UMWT) mengumumkan bahawa tiada kenaikan harga akan dilaksanakan terhadap model CKD (pasangan temapatan) buat masa ini. Awal tahun ini, Kementerian Kewangan memberi jaminan bahawa sebarang model CKD yang terkesan dengan kenaikan harga susulan Open Market Value, kenaikan tersebut akan diserap sepenuhnya oleh kementerian pada 2020. Presiden UMWT, Ravindran K. menjelaskan bahawa pihaknya…

Honda Akan Hasilkan Semula Alat Ganti S2000

Menyedari model Honda S2000 masih lagi menjadi kegilaan, Honda membuat keputusan untuk menghasilkan semula alat ganti jentera popular itu. Honda baru-baru ini memperkenalkan sebuah laman web berbentuk katalog alat ganti bagi S2000 yang dijangka akan tiba seawal bulan Jun ini. Bagaimanapun, Honda meminta para pelanggan untuk memaklumkan bahagian alat ganti mana yang harus dihasilkan semula….

Nikmati Penjimatan Sehingga RM9,000 Dengan Setiap Pembelian Ford Ranger!

Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) memperkenalkan promosi Ford Ranger XLT Family bermula hari ini hingga 31 Mei 2020. Menerusi promosi ini, orang ramai ditawarkan penjimatan istimewa bagi XLT, XLT Plus dan XLT Special Edition. Pelanggan yang berminat untuk membawa pulang sebuah Ford Ranger XLT Plus bakal menerima penjimatan sehingga RM7,188 manakala penjimatan sehingga RM8,000 menanti…

Lagi Penunggang Motosikal Jadi Mangsa Tali Melintang Di Lebuhraya DUKE

Tak cukup dengan penunggang motosikal terpaksa berhadapan dengan pelbagai unsur bahaya setiapp hari, seorang lelaki mengalami insiden menggerunkan ketika menunggang di lebuhraya DUKE. Seorang pengguna Twitter berkongsi bagaimana sahabatnya mengalami kecederaan di muka apabila melanggar tali tangsi yang dengan sengaja diletakkan melintangi lebuhraya terbabit. Bagaimanapun, kecederaan dialami mungkin lebih serius seandainya menunggang dengan lebih laju….

Perkenalkan The Twin, BMW F 900 R Dan F 900 XR Dilancarkan – Dari RM62,500!

BMW Motorrad Malaysia melancarkan BMW F 900 R dan F 900 XR, motosikal segmen roadster dan sport touring bagi pasaran tempatan. Membuat penampilan sulung ketika di EICMA 2019 dan diberi jolokan The Twin, kedua-dua jentera bernadikan enjin 900cc ini menawarkan dua pengalaman tunggangan berbeza namun selesa. BMW F 900 R merupakan jentera dengan pengayaan Sport…

Hafizh Syahrin Terima Hampir 60 Peratus Penajaan Setakat Ini

Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin akhirnya mampu menarik nafas lega apabila mendapat suntikan penajaan menjelang pembukaan tirai MotoGP musim ini. Tajaan daripada UMW Grantt International Sdn Bhd itu menyaksikan jumlah kutipan tajaan Hafizh kini telah pun mencapai 60 peratus sebelum aksi MotoGP buka tirai 6 hingga 8 Mac ini di Qatar. Bagaimanapun, menurut laporan Bernama,…

Netizen Sedih, Tapak Go-Kart Batu 3 Diarah Tutup Serta-Merta

Arena go-kart popular di Lembah Klang, Batu3Karting mengumumkan penutupan serta-merta setelah beroperasi lebih dua tahun. Pengumuman itu dibuat di laman Facebook Batu3Karting, namun apa yang memeranjatkan mereka telah diarahkan tutup di samping hanya diberikan notis pendek. Menawarkan keterujaan perlumbaan go-kart dan MiniGP, pusat Batu3Karting sentiasa dipenuhi pengunjung tatkala terletak bersebelahan dengan Lebuhraya Persekutuan dari Shah…