Pasangan kekasih cuba melarikan diri daripada pihak berkuasa apabila didapati bersiar-siar diluar waktu yang dibenarkan sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Difahamkan, pihak polis menemui pasangan itu di dalam kereta jenis Perodua Kancil pada lewat malam. Ketika polis cuba menghampiri pasangan terbabit mereka bingkas melarikan diri lantas mencetuskan adegan kejar-mengejar yang membabitkan tiga kenderaan polis. Insiden…
Category: Moto Malaya
Before was: Name-Uncategorized Slug-uncategorized
Kalau dunia mengenali Khabib Nurmagomedov sebagai juara dunia UFC, dunia permotoran pula lebih mengenali Habibtullah Bin Mohd Fuad sebagai mekanik magis disebalik pasukan PETRONAS Sprinta Racing. Lebih mesra dipanggil Habib, pemilik nama ini langsung tiada kaitan dengan kedai menjual barangan kemas wanita namun dia kekal permata utama PETRONAS Sprinta Racing di saingan Moto2™ dan Moto3™…
Valentino Rossi mengakui pengalaman pertamanya dalam perlumbaan virtual MotoGP sebagai menyeronokkan. Pelumba berusia 41 tahun itu sepatutnya terlibat dalam aksi pertama perlumbaan virtual itu minggu lalu namun menarik diri di saat akhir. “Perlumbaan MotoGP menggunakan PlayStation satu pengalaman pelik kerana ini perkara baharu bagi saya. “Saya gemar bermain permainan online tetapai saya lebih kompetitif dengan…
Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun bertindak meninggalkan mayat kekasihnya di garaj rumah milik ibu bapa mangsa selepas terlibat kemalangan awal pagi Ahad. Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Rompin DSP Azari Miskon yang menjelaskan bahawa mayat mangsa dijumpai atuknya sekitar jam 10 pagi di garaj letak kereta. Difahamkan, remaja lelaki terbabit dan mangsa telah…
Berdasarkan laporan baharu, difahamkan Bajaj Auto dan KTM akan menghasilkan motosikal elektrik bagi pasaran domestik dan antarabangsa. Menurut laporan moneycontrol.com, moped dan skuter elektrik itu akan menggunakan enjin elektrik kapasiti rendah dan proses pengeluaran akan bermula pada 2022 di kilang Bajaj Auto, Pune, India. Pada April tahun lalu, Pierer Mobility Group and Bajaj Auto telah…
Harley-Davidson akan membuka pusat pengedar rasmi di Johor sekaligus mencari individu berminat untuk sertai pasukan baharu yang bertanggungjawab dalam menguruskan penjualan motosikal, servis selepas jualan, kewangan dan butik H-D. Terletak di Jalan Skudai, Johor Bahru dan beroperasi di bawah Goh Brothers Motorcycles Sdn Bhd, pusat berukuran 12,000 kaki persegi itu menawarkan semua model Harley-Davidson termasuk…
Dorna menegaskan bahawa cadangan untuk membatalkan musim MotoGP adalah pilihan terakhir. Desas-desus mengenai pembatalan MotoGP musim 2020 timbul susulan pandemik Covid-19 yang sedang melanda dunia ketika ini. Menurut FIM, sebarang kejuaraan dunia memerlukan sekurang-kurangnya 13 perlumbaan dan ketika ini peluang itu hampir terjejas dengan pembatalan beberapa venue. “Kami sentiasa berbincang dengan FIM, IRTA MSMA dan…
Aprilia bakal perkenalkan motosikal segmen ‘adventure’ Terra 250 menerusi gambar intipan daripada kilang Zongshen di China. Zongshen merupakan rakan kerjasama Aprilia di China yang turut bertanggungjawab menghasilkan Aprilia GPR250 sebelum ini. Difahamkan, Terra 250 didatangkan dengan enjin sama yang terdapat pada GPR250 dan CFMoto 250Nk yang menjana 26hp dan 22Nm pada 6,000rpm dan mampu merekodkan…
Pengeluar motosikal India, TVS Motor Co. muncul antara pihak yang berminat untuk membida Norton Motorcycles. Pengeluar motosikal berpangkalan di United Kingdom itu kini telah ditempatkan di bawah Administration atas kegagalan membayar hutang, Januari lalu. Menurut Bloomberg, terdapat sumber yang mendedahkan bahawa TVS antara pembida yang berminat untuk memiliki Norton yang ketika ini dikendalikan BDO LLP….