Khairul Idham Pawi Umum Persaraan

Bekas pelumba Moto3 negara, Khairul Idham Pawi @ KIP, membuat keputusan untuk melepaskan segalanya dalam arena permotoran selepas lima tahun berbakti dalam sukan itu. Keputusan mengejutkan itu hadir beberapa bulan selepas kontrak pelumba yang baru berusia 22 tahun itu tidak disambung Petronas Sprinta Racing di Moto3. Pendedahan itu dibuat KIP ketika sesi temu bual bersama…

1,949 Kemalangan Maut Motosikal Direkodkan Sepanjang Tempoh PKP

Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) mendedahkan 1,949 kemalangan maut membabitkan motosikal telah direkodkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dari Mac hingga November 2020. Bimbang dengan angka terbabit, MIROS kini menggiatkan lagi usaha mencadangkan pembinaan laluan khas motosikal membabtikan sejumlah 101 jalan raya di Perak, Selangor dan Johor. Menurut MIROS cadangan itu sedang dalam…

Tiada Lagi Had Penumpang – Ismail Sabri

Demikian kenyataan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Sri Ismail Sabri, menerusi sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang berlangsung semalam. “Kita tidak lagi menghadkan jumlah di dalam kenderaan, jumlah adalah mengikut kapasiti kenderaan. “Semuanya berdasarkan kapasiti tempat duduk mengikut kenderaan masing-masing,” jelasnya. Menurutnya lagi, usaha dalam mengekang penularan…

Rentas Negeri Dibenarkan Bermula Isnin

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Sri Ismail Sabri, mengumumkan bahawa aktiviti rentas negeri dibenarkan bermula 7 Disember ini. Pengumuman itu dibuat sewaktu sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang berlangsung hari ini. Sementara itu, PKPB di negeri Selangor dilanjutkan sehingga 20 Disember kecuali di Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Hulu Selangor yang berakhir 6…

MotoGP: Marquez Jalani Pembedahan Ketiga, Rehat Enam Bulan

Juara dunia enam kali MotoGP, Marc Marquez telah selesai menjalani pembedahan ketiga di lengan kanan di Madrid. Bagaimanapun, dia kini berdepan tempoh pemulihan yang dijangka memakan masa hingga enam bulan. Pelumba Repsol Honda itu mengalami kecederaan serius selepas kemalangan dalam pusingan pertama di Jerez pada Julai lalu. Meskipun menjalani pembedahan pertama, dia membuat kejutan apabila…

Proton Jual 11,411 Unit Pada November, Catat 18 Peratus Kenaikan

Dengan tahun 2020 semakin melabuhkan tirai, Proton terus mencatatkan peningkatan penjualan kukuh dengan 11,411 unit telah pun dijual pada November. Angka itu menyaksikan peningkatan lebih 18 peratus berbanding bulan sama 2019 sekaligus menyumbang kepada 96,410 unit yang telah pun terjual setakat ini. Menurut Proton, meskipun penjualan November turun sedikir berbanding Oktober namun terdapat peningkatan dalam…

MotoGP: Monster Energy Jadi Penaja Utama Suzuki Ecstar 2021

Pasukan Suzuki MotoGP akan membawa nama Monster Energy selaku penaja utama bagi musim 2021. Difahamkan, kedua-dua pihak telah menandatangani perjanjian itu untuk beberapa tahun yang akan menyaksikan Monster Energy – yang juga penaja utama Yamaha MotoGP – menjadi penaja rasmi pasukan Suzuki. Jenama minuman tenaga itu telah pun menaja Joan Mir dan Alex Rins untuk…

Isle Of Man TT 2021 Dibatalkan

Kerajaan Isle of Man mengumumkan bahawa TT edisi 2021 terpaksa dibatalkan ekoran pandemik Covid-19. Keputusan itu merupakan dilihat sebagai impak besar buat komuniti Isle of Man TT yang sebelum ini telah pun dimaklumkan mengenai pembatalan edisi 2020. Bagaimanapun, keputusan tersebut diambil selepas mengambil kira keselamatan penduduk Isle of Man selain daripada pasukan, marshal dan pengunjung…

Kasma Daniel Catat Rekod Kemalangan Paling Tinggi Musim 2020

Pelumba Moto2 negara, Kasma Daniel Kasmayudin muncul muncul sebagai pelumba dengan jumlah kemalangan tertinggi di antara semua kelas di MotoGP. Pelumba pasukan Onexox TKKR SAG Team itu jatuh 20 kali diikuti Jorge Navarro dengan 19 kemalangan serta Gabriel Rodrigo dari Moto3 dengan 18 kemalangan. Saingan Moto2 menyaksikan sebanyak 292 kemalangan direkodkan merentasi 15 pusingan sekaligus…