Pusingan keempat MotoGP Gran Premio Red Bull de España di Jerez akan menyaksikan Dani Pedrosa (Repsol Honda) bermula di petak pertama di hadapan teman sepasukan, Marc Marquez. Cal Crutchlow (LCR Honda) melengkapkan barisan hadapan yang dikuasai Honda di hadapan Maverick Viñales (Movistar Yamaha MotoGP) yang akan bermula di P4. Andrea Iannone (Team SUZUKI…
Category: motogp
Penunggang baru MotoGP 2017 Johann Zarco (Monster Yamaha Tech 3) dengan pantas menarik minat ramai dalam tiga pusingan pertama musim ini. Susulan permulaan yang hebat di Qatar dimana dia mendahului perlumbaan sebelum terbabas, Zarco menamatkan GP Argentina dan GP Amerika di kedudukan kelima. Penunggang berusia 27 tahun itu sedang berusaha untuk mengemudi jentera…
Marc Marquez kembali menunjukkan taringnya dengan memenangi perlumbaan di Texas, Amerika. Setakat ini, Marquez telah memenangi 5 kedudukan pertama kelayakan dan 5 kali kemenangan juga di sini. Vinales yang dikatakan bakal mencabar Marquez, terbabas pada Selekoh 18 dengan baki 20 pusingan.
Dorna Sports telah mengumumkan bahawa Michelin akan menjadi penaja utama bagi pusingan MotoGP Australia. Yang kedua dalam tiga perlumbaan ‘flyaway‘ di Phillip Island akan diadakan pada 22 Oktober 2017. Australian GP adalah salah satu antara perlumbaan yang paling mengujakan dalam kalendar Motocycle Grand Prix.
Pusingan MotoGP kedua menyaksikan satu lagi kemalangan yang melibatkan Andrea Dovizioso yang disebabkan oleh penunggang lain. Aleix Espargaro (Aprilia Racing Team Gresini) telah menyebabkan Dovizioso terbabas apabila dia cuba untuk memotong namun telah hilang kawalan bahagian depannya semasa cubaannya itu. Walaupun jelas Espargaro bersalah dalam hal ini, Dovizioso mengecam Danilo Petrucci kerana menunggang secara semberono…
Joan Mir (Leopard Racing) meneruskan penguasaannya pada musim ini dengan kemenangan kedua berturut-turut dalam Moto3. John McPhee (British Talent Team) mendapat tempat kedua selepas pertarungan sengit dengan lima penunggang yang lain. Jorge Martin (Del Consa Gresisi Moto3) melengkapkan podium di tempat ketiga.
Franco Morbidelli (EG 0,0 Marc VDS) menjadi penunggang Itali pertama yang memenangi dua perlumbaan Moto2 secara berturut-turut. Miguel Oliveira (Red Bull KTM Ajo) muncul di tempat kedua selepas Alex Marquez terbabas keluar dari perlumbaan pada pusingan yang terakhir perlumbaan. Thomas Luthi (CarXpert Interwetten) mengisi kedudukan podium dengan jarak 15 saat di belakang Morbidelli.
Maverick Viñales (Movistar Yamaha MotoGP) menang lagi yang menjadikan beliau sebagai pelumba pertama dari Yamaha selepas Wayne Rainey pada 1990 untuk menang kedua-dua pusingan awal.
Juara Dunia MotoGP 2016 Marc Marquez menjadi satu-satunya penunggang yang mencatat masa di bawah 1 minit 48 saat. Karel Abraham mengejutkan semua orang setelah bertarung untuk posisi pertama dengan juara MotoGP itu. Penunggang dari Britain Cal Crutchlow hanya 0.003 saat di belakang Abraham, meletakkannya di tempat ketiga untuk perlumbaan GP Argentina pada hari ini.