Takaaki Nakagami telah pun diumumkan sebagai penunggang terbaru yang akan menyertai MotoGP musim 2018 dan akan bersaing dengan pasukan LCR Honda. Penunggang berusia 25 tahun dari Jepun itu telah menandatangani kontrak bagi tahun 2018 sebagai penunggang di bawah kontrak HRC dan akan bertanding di samping teman sepasukannya, Cal Crutchlow. Dengan LCR Honda akhirnya telah…
Category: motogp
Tempat bagi MotoGP 2018 di pasukan Avintia Reale Ducati masih lagi tidak diisi memandangkan mereka masih belum mengesahkan sebarang penunggang buat masa ini. Penunggang semasa mereka, Loris Baz dan juga Hector Barbera dikatakan tidak akan meneruskan usaha perlumbaan mereka bersama dengan pusukan Avintia Ducati itu untuk musim hadapan. Desas-desus mengatakan Tito Rabat akan membawa…
Bahagian ke-dua musim MotoGP tahun ini menyaksikan kepintaran Marc Marquez (Repsol Honda) merangkul kemenangan di Brno dalam satu perlumbaan yang penuh sensasi. Penunggang berusia 24 tahun itu menamatkan perlumbaannya jauh di hadapan teman sepasukannya, Dani Pedrosa yang melengkapkan penamat 1-2 yang sempurna dengan jarak masa 12 saat. Maverick Vinales (Movistar Yamaha MotoGP) memastikan…
Juara dunia GP 13-kali, Angel Nieto, telah meninggal dunia akibat kecederaan yang dialaminya akibat kemalangan jalan raya pada minggu lalu berdekatan tempat tinggalnya di Ibiza. Dia yang sedang menunggang motosikal ‘quad bike’-nya apabila berlaku pertembungan antaranya dengan sebuah kenderaan lain di atas jalan. Angel Nieto telah memenangi 13 kejuaraan dunia Grand Prix sebelum bersara…
MotoGP Finland bakal berlangsung pada tahun 2019 setelah termeterai perjanjian antara pegawai Dorna dan KymiRing. KymiRing dan juga pegawai dari Dorna telah menandatanganni perjanjian selama lima tahun bagi mengadakan GP Finland bermula dari tahun 2019 hingga 2023. Dengan keboleha untuk menampung sehingga sekitar 100,000 penonton, KymiRing dikatakan bakal siap menjelang tahun hadapan.
‘Surat cinta’ Rossi yang telah ditujukan kepada Yamaha kini akan dilelong di sebuah laman sesawang Australia bagi mengumpul derma untuk satu inisiatif bergelar “A Cure for Freyja”. Lelongan atas talian ini akan bermula esok pada 2 Ogos 2017 dan orang ramai mempunyai peluang untuk memiliki beberapa memorabilia yang teramat jarang dari MotoGP, Moto2, dan…
Alvaro Baustista telah mengesahkan bagi musim 2018 dia akan terus berlumba bagi pasukan semasanya, Aspar Team. Penunggang kelahiran Sepanyol yang berusia 32 tahun itu telah menunjukkan prestasi yang konsisten buat setakat ini dalam separuh yang pertama musim 2017, dengan pencapaian tertingginya buat setakat ini di tempat ke-empat pada pusingan GP Argentina dan beberapa penamat sepuluh…
Motosikal Suter kini sudah tersedia unuk jualan di Amerika Utara dengan kerjasama yang baru dimeterai dengan Arch Motorcycles. Pelbagai pilihan motosikal lumba Suter boleh dibeli oleh orang ramai tidak termasuk jentera perlumbaan Suter MMX 500 MotoGP, MMX1 MotoGP, MMX2 Moto2, dan juga MMX3 Moto3. Arch Motorcycles juga akan mendapat manfaat yang hebat dari…
Pusingan MotoGP Jerman menyaksikan Marc Marquez (Repsol Honda) meneruskan penguasaannya di Sachsenring dengan kemenangan bergaya dari petak pertama. Namun, Jonas Folger (Monster Yamaha Tech 3) telah mencuri perhatian semua dengan persembahan yang menakjubkan di hadapan penonton tuan rumah, dan berjaya merangkul tempat kedua. Pelumba rookie MotoGP itu memberikan saingan yang hebat kepada Marquez, malah…