Empat buah pengeluar telah mengeluarkan bantahan terhadap Ducati kerana menggunakan ‘winglet’ tayar belakang sewaktu pusingan MotoGP Qatar. Mereka berpendapat bahawa ianya menghasilkan ‘downforce’ untuk roda belakang. Ducati tetap bertegas bahawa yang ianya adalah untuk menyejukkan tayar.
Category: motogp
Pelumba Ducati, Andrea Dovizioso mendominasi saingan pembukaan MotoGP di Litar Losail,Qatar namun sebaik perlumbaan berakhir, empat pasukan telah menyatakan bantahan terhadap kemenangan tersebut. Segalanya berpunca daripada ‘winglet’yang diletakkan di bahagian depan tayar belakang. Ducati mempertahankan penggunaan alat itu dengan alasan alat tersebut bertindak menyejukkan tayar bagaimanapun, pasukan yang menyatakan bantahan berpendapat ‘winglet’tersebut menghasilkan ‘downforce’ –…
Andrea Dovizioso memulakan aksi pembukaan MotoGP 2019 dengan kemenangan di GP Qatar selepas berjaya mengetepikan cabaran sengit oleh pertahan juara, Marc Marquez. Bermula di petak kedua, Dovizioso berjaya memintas pelumba di petak utama, Maverick Vinales sebaik melalui selekoh pertama. Marquez turut bermula dengan baik sekaligus memulakan perebutan tempat pertama bersama Dovizioso. Percubaan berani Marquez di…
Valentino Rossi, Marc Marquez, Andrea Dovizioso dan Maverick Vinales menyokong cadangan disuarakan Jorge Lorenzo agar menganjak waktu perlumbaan satu jam lebih awal. Menurut laporan GPOne.com, perlumbaan dijadualkan bermula jam 8 malam (waktu tempatan) namun Lorenzo mencadangkan perlumbaan dimulakan lebih awal ekoran suhu litar jatuh mendadak sementara kadar kelembapan meningkat pada waktu itu sekaligus boleh menyebabkan…
Saingan MotoGP musim 2019 akan membuka tirai hujung minggu ini di Litar Losail, Qatar dengan juara bertahan, Marc Marquez, bakal turun memburu kejuaraan keenam dalam tempoh tujuh tahun. Bagaimanapun, GP Qatar bukan penentu dalam pencarian juara musim ini sepertimana dibuktikan tahun lalu apabila Andrea Dovizioso muncul juara sementara Marquez akur di tempat kedua. Pelumba…
Bagi yang mengikuti perkembangan MotoGP yang bakal membuka tirai 10 Mac ini di Litar Losail, Qatar, pastinya ramai yang tertanya-tanya (kalau tak tanya pun boleh baca bagi tambah ilmu) apa sebenarya Long Lap Penalty (LLP) yang disebut-sebut bakal mewarnai saingan musim ini? LLP merupakan sistem baharu yang akan diguna pakai musim ini dimana pelumba harus…
Aprilia dan Gulf telah mengumumkan kerjasama mereka bagi menghadapi MotoGP musim 2019. Kedua-dua belah pihak mengalu-alukan kerjasama baharu ini. MotoGP musim 2019 akan bermula pada 10 Mac 2019.
Indonesia bakal menganjurkan perlumbaan MotoGP jalan raya yang pertama bermula tahun 2021. Litar 4.32 km yang baharu itu akan bertempat di Mandalika, Lombok. Pusingan yang baharu itu akan menambah pusingan MotoGP menjadi 21 buah perlumbaan setiap tahun.
Valentino Rossi telah mencecah usia 40 tahun pada hari ini. Sepanjang kerjaya perlumbaannya, juara dunia sembilan kali ini telah menggondoli kejuaraan 125cc, 250cc, 500cc, dan berbilang takhta MotoGP. Ayahnya, Graziano, menyatakan yang Rossi boleh berlumba sehingga dia berusia 46 tahun jika dia mahu.