Marc Marquez mahu merampas kedudukan Fabio Quartararo dalam perlumbaan di Jerez yang akan berlangsung hari ini. Fabio Quartararo – pelumba pasukan Petronas Yamaha – membuat kejutan di Litar Jerez dalam aksi kelayakan semalam apabila menjadi pelumba termuda untuk menduduki petak pertama, sekaligus memecah rekod yang sebelum ini dipegang Marquez. Sementara itu, rakan sepasukan Quartararo, Franco…
Category: motogp
Franco Morbidelli gembira berjaya memperolehi tempat yang ke-lima dalam pusingan MotoGP “Red Bull Grand Prix of the Americas”. Teman sepasukannya dan penunggang rookie, Fabio Quartararo menamatkan perlumbaan tersebut di tempat yang ke-tujuh. Ini adalah satu keputusan yang amat memberangsangkan buat pasukan PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team.
Pelumba Suzuki, Alex Rins berjaya merangkul kemenangan pertama di GP Amerika selepas pendahulu perlumbaan, Marc Marquez mengalami kemalangan. Marquez dilihat bakal merekodkan kemenangan ketujuh di Austin sebelum terpaksa bersara awal memasuki pusingan kesembilan apabila pelumba pasukan Repsol Honda itu – yang sedang mendahului perlumbaan dengan jarak empat saat – hilang kawalan jenteranya di selekoh 12….
MotoGP dengan rasminya mengabadikan nombor 69 milik Nicky Hayden dalam satu majlis yang diadakan di GP Amerika, semalam. Bekas juara MotoGP 2006 itu – yang diberi jolokan The Kentucky Kid – meninggal dunia di usia 35 tahun apabila terlibat dalam satu kemalangan ketika sedang mengayuh basikal dalam satu sesi latihan di Itali pada Mei 2017….
Marc Marquez meneruskan dominasi dalam saingan MotoGP musim ini apabila berjaya merekodkan kedudukan pertama di GP Amerika buat kali ketujuh berturut-turut dalam kariernya. Marquez telah pun memenangi kesemua enam perlumbaan di Litar Americas apabila dia memulakan perlumbaan di petak pertama. Pelumba Sepanyol itu miliki peluang cerah untuk mengulangi kejayaan buat kali ketujuh di Austin selepas…
Automobili Lamborghini telah menjadi penaja utama bagi pasukan Pramac Ducati. Mereka telah menggantikan Alma sebagai penaja utama. Kakitangan dan penunggang pasukan berkenaan akan dapat menggunakan Lamborghini sewaktu pusingan MotoGP di Texas pada hujung minggu ini.
Litar Spa-Francorchamps di Belgium kini sedang dinaiktaraf untuk kejohanan MotoGP dan EWC. Litar ini masih memegang rekod untuk perlumbaan GP motosikal terpantas. Perlumbaan GP motosikal terakhir di litar berkenaan telah dilangsungkan pada tahun 1987.
Johann Zarco telah mengatakan bahawa dia kepenatan akibat bergelut dengan jenteranya sewaktu pusingan MotoGP Argentina. Dia tidak mampu mengemudi jentera KTM RC16 mengikut cara yang diinginkannya. Zarco telah menamatkan perlumbaan di tempat ke-15, manakala Hafizh Syahrin pula di tempat yang ke-16.
Ketua pasukan Red Bull KTM Tech 3, Herve Poncharal mengakui yang dia berasa “berang” dengan Hafizh Syahrin. Dia telah berkongsi perasaannya itu sewaktu pusingan MotoGP Argentina. Hafizh Syahrin mensasarkan untuk mendapat keputusan yang lebih baik dari teman sepasukan baharunya, Miguel Oliveira pada tahun ini.