Jonas Folger akan mewakili pasukan Petronas Sprinta Racing dalam perlumbaan Moto2 hujung minggu ini di litar Catalunya bagi menggantikan Khairul Idham Pawi. Folger bakal beraksi dalam tiga pusingan Moto2 sementara menanti Khairul sembuh sepenuhnya setelah mengalami kecederaan tangan ketika di GP Sepanyol, bulan lalu. Sebelum ini, Mattia Pasini merupakan pelumba gantian kepada Khairul Idham ketika…
Category: motogp
Menurut pelumba KTM, Johan Zarco, prestasi semasa rakan sepasukan Pol Espargaro menyamai era Casey Stoner ketika bersama Ducati pada 2007. Espargaro, yang menyertai KTM pada 2017, merupakan pelumba utama di samping rakan sepasukan Bradley Smith selama dua tahun bersama jentera RC16. Bagi tahun ini, kedudukan Smith kemudiannya digantikan dengan nama besar, Zarco – yang dicanang…
Skuter Super Soco CUx Ducati ini bukanlah jentera yang dihasilkan sepenuhnya oleh Ducati, sebaliknya ia merupakan kerjasama dengan syarikat skuter elektrik yang berpangkalan di UK. Menariknya, ini adalah model skuter elektrik yang digunakan pasukan MotoGP Ducati di padok. Ducati juga tidak melakukan perubahan ketara terhadap rekaan keseluruhan CUx selain daripada mengenakan warna tema Ducati –…
Marc Marquez merekodkan kemenangan ke-47 dalam kariernya di MotoGP apabila memenangi GP Perancis malam tadi sekaligus mengukuhkan lagi kedudukan dalam perebutan kejuaraan musim ini. Lebih menarik, pencapaian tersebut merupakan kemenangan ke-300 Honda dalam kelas premier, sekaligus menjadi pengeluar pertama yang berjaya merekodkan angka itu. Kemenangan pertama Honda hadir pada tahun 1966 di Hockenheim bersama pelumba,…
Ketua Pegawai Eksekutif KTM, Stefan Pierer menegaskan pihaknya tidak akan berputus asa dengan penggunaan rangka steel trellis di samping mengkritik tindakan Ducati yang tidak lagi menggunakan rekaan sama pada 2012. Pengeluar motosikal Austria itu merupakan pasukan tunggal dalam saingan MotoGP musim ini nyang tidak menggunakan chasis aluminium twin-spar konvensional. Ducati juga pernah menggunakan chasis rangka…
Ketua Pegawai Eksekutif KTM, Stefan Pierer meluahkan rasa tidak puas hati dengan persembahan Johann Zarco dalam saingan MotoGP musim ini. Zarco – yang dipikat KTM setelah mempamerkan aksi mantap bersama Yamaha Tech3 musim lalu – bergelut untuk mengulangi kecemerlangan sama musim ini setelah menandatangani kontrak dua tahun. Pelumba berusia 28 tahun itu hanya mengutip tujuh…
Pelumba Ducati, Andrea Dovizioso, akan meninggalkan jentera dua roda buat sementara waktu untuk beraksi dalam Deutsche Tourenwagen Masters (DTM) bersama Audi RS 5 dalam dua perlumbaan DTM di Misano, Itali pada 8 dan 9 Jun ini. Ketua Audi Motorsport, Dieter Gass tidak dapat menyembunyikan keterujaannya mengenai berita ini. “Saya amat teruja kerana kami berjaya mendapatkan…
Ketika Alex Rins sibuk meraikan kejayaan menduduki tempat kedua dalam saingan MotoGP di Litar Jerez semalam, kamera ‘onboard’ yang terdapat pada jentera GSX-RR miliknya telah merakam tindakan seorang marsyal yang telah mengambil sarung dari brek master pump sebelum menyimpannya di dalam poket. Klip tersebut kemudiannya telah dimuat naik ke media sosial dan ketika Rins ditanyakan…
Pertahan juara, Marc Marquez, mendominasi perlumbaan di Litar Jerez sekaligus merekodkan kemenangan keduanya musim ini. Marquez bangkit daripada kekecewaan di GP Amerika dua minggu lalu apabila gagal menamatkan perlumbaan ekoran kemalangan. Pelumba Sepanyol itu berjaya memintas dua wakil Petronas Yamaha, Franco Morbidelli dan Fabio Quartararo sebaik perlumbaan dilepaskan untuk menduduki petak pertama. Pelumba Repsol Honda…