Alex Lebih Layak, Bukan Zarco – Espargaro

Ketika rata-rata berpendapat Johann Zarco sebagai calon sesuai untuk menggantikan Jorge Lorenzo di Repsol Honda musim depan, Aleix Espargaro berpendapat sebaliknya. Pelumba Aprilia Racing, Espargaro berpendapat Alex Marquez sebagai calon yang lebih baik untuk digandingkan dengan Marc Marquez musim depan. “Jika Honda membuat keputusan untuk mengambil Alex, saya rasa itu keputusan yang baik. “Saya akan…

MotoGP: Musim 2019 Berakhir, Marquez Hadiahkan Kejuaraan Berganda

Marc Marquez menoktahkan status selaku juara dunia MotoGP musim 2019 dengan kemenangan di litar Valencia. Dia turut berjaya mengurniakan kejuaraan dunia pasukan untuk Repsol Honda sekaligus menamatkan kempen terakhir MotoGP 2019 dengan kejuaraan berganda. Meskipun kejuaraan dunia telah pun disahkan di GP Thailand, Oktober lalu namun senario itu tidak menyekat Marquez untuk memburu kemenangan ke-12…

Antara Crutchlow, Zarco Dan Marquez – Jorge Lorenzo

Setelah mengumumkan akan bersara hujung musim ini, Jorge Lorenzo mendedahkan tiga nama telah dicanang akan mengisi tempatnya di Repsol Honda musim depan. Lorenzo mendakwa Cal Crutchlow, Johann Zarco dan pelumba Moto2, Alex Marquez antara calon yang sedang dipertimbangkan ketika ini. Menurut laporan Crash.net, Lorenzo menyifatkan ketiga-tiga pelumba menawarkan sumbangan yang berbeza. “Cal (Crutchlow) merupakan pelumba…

Shell Hillstand Hangatkan Shell Malaysia MotoGP!

MotoMalaya telah diberikan kesempatan untuk menyaksikan Shell Malaysia MotoGP di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) di tempat duduk Shell Hillstand, dua minggu lalu. Shell Hillstand merupakan inisiatif Shell dalam menyediakan pengalaman MotoGP yang unik kepada para pengunjung. Pengunjung yang hadir turut disambut dengan pameran jentera Ducati berhampiran pintu masuk termasuk beberapa aktiviti menarik antaranya MotoGP PS4…

Zarco Idam Kerusi Ditinggalkan Lorenzo

Susulan pengumuman persaraan mengejut Jorge Lorenzo semalam, Johann Zarco tampil mendedahkan dia mengimpikan peluang untuk sertai Repsol Honda musim depan. Tiga kali juara dunia MotoGP, Lorenzo membuat keputusan untuk bersara dalam satu sesi sidang media tergempar semalam susulan aksi terumbang ambing musim ini. Kegagalan menemui rentak di samping dipalit dengan kecederaan merencatkan karier pelumba berusia…

“Saya Membuat Keputusan Untuk Bersara”

Pelumba Repsol Honda, Jorge Lorenzo telah mengadakan sidang media mengejut bagi mengumumkan keputusannya untuk bersara, hari ini. Tiga kali juara dunia MotoGP itu, mengumumkan keputusan tersebut sambil ditemani Ketua Pegawai Eksekutif Dorna, Carmelo Ezpelta menjelang GP Valencia, perlumbaan penutup tirai MotoGP musim ini. Meskipun kontrak bersama Honda hanya akan berakhir 2021 namun prestasi terumbang-ambing musim…

Dari Kes Kecurian Ke Insiden Bertumbuk Di Pintu Masuk, Apa Lagi Selepas Ini?

Pengunjung yang hadir ke Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bagi menyaksikan perlumbaan Shell Malaysia MotoGP 2019 semalam disajikan dengan aksi bertumbuk yang berlaku di pintu masuk ke Grandstand. Saksikan video tersebut dibawah: Video berdurasi 23 saat yang dikongsikan Laman Facebook Sukan Star TV terbabit memaparkan seorang lelaki berbaju hitam cuba menendang petugas pintu memakai ves biru….

Kes Kecurian Pasukan Angel Nieto, Tiga Pekerja Keselamatan Dicekup

Baru-baru ini Malaysia diaibkan dengan kes kecurian di tapak pasukan Moto2, Angel Nieto di Litar Antarabangsa Sepang (SIC). Beberapa alat ganti antaranya fork depan dan belakang, kaliper brek dan peralatan lain telah dicuri sehingga memaksa Angel Nieto meminjam peralatan pasukan lain. Bagaimanapun, menurut laporan Sinar Harian, tiga pegawai keselamatan telah pun ditahan pihak polis bagi…

Vinales Dominasi Litar Sepang, Marquez Puas Hati Dengan Lap Pertama

Meskipun kehangatan merebut kejuaraan MotoGP telah pun berakhir di GP Thailand yang menyaksikan Marc Marquez merekodkan kejuaraan keenam MotoGP namun senario itu tidak memadam keterujaan di Shell Malaysia MotoGP, hari ini. Pelumba Yamaha, Maverick Vinales berjaya melakar kemenangan kedua musim ini selepas memintas Jack Miller seawal lap pertama untuk terus mendominasi perlumbaan sehingga ke lap…