KTM Malaysia Memperkenalkan KTM 1290 Super Adventure S 2017 Dan 1290 Super Duke R; RM115,000 Dan RM118,000

  Motosikal KTM 1290 terbaru dijana oleh enjin V-berkembar sejukan cecair 1,301cc yang dikemaskini merupakan antara yang teringan dan paling berkuasa enijn V-berkembar di dalam industri motosikal. Kedua-dua 1290 Super Adventure S dan Super Duke R padat dengan gajet elektronik teknologi tinggi, suspensi semi-aktif WP serta pakej pembrekan Brembo.

KTM Lancar Semua Jentera MotoGP, Moto2 dan Moto3 untuk 2017

  Pol Espargaro dan Bradley Smith akan berlumba dengan KTM RC16 dalam MotoGP Brad Binder dan Miguel Oliveira akan mulakan usaha KTM dalam kategori Moto2 Niccolo Antonelli dan Bo Bendsneyder akan mempertahan kejuaraan KTM dalam Moto3 KTM baru sahaja melancarkan kesemua motorsikal yang akan berlumba dalam ketiga-tiga kategori MotoGP, Moto2 dan Moto3. Perlancaran berlangsung semalam…

2017 KTM 390 Duke diperkenalkan di EICMA

KTM memperkenalkan 390 Duke dengan kemaskini untuk 2017 yang lebih menarik dan tampak lebih agresif. Jentera ini mempunyai lampu hadapan yang baru yang tajam dan mirip seperti model KTM 1290 Super Duke. Jentera ini, KTM 390 Duke merupakan salah satu model jalanan yang popular dari KTM untuk pasaran Malaysia dan KTM sebenarnya berusaha keras untuk…

KTM Malaysia memperkenalkan 8 Motokros dan Enduro dari 250cc – 450cc, harga dari RM36k -RM46k

KTM Malaysia kini membawakan kepada peminatnya di Malaysia 8 model motokros (off-road) untuk pasaran disini. 8 model yang diperkenalkan ini terdapat pilihan dari 250cc hingga 450cc. Terdapat 1 model datang dengan enjin 2-lejang iaitu 250 EXC Six Days Enduro, manakala 7 model lagi adalah dengan enjin 4-lejang. KTM juga membawa kami ke Sungai Buaya, Rawang, untuk…

KTM akan beraksi di Moto2 untuk musim 2017 dengan Brad Binder dan Thomas Luthi

KTM dengan usahasama WP Suspension kini bersedia untuk beraksi dalam siri perlumbaan Moto2 untuk musim 2017. Pelumba yang akan menavigasi jentera yang cantik ini adalah Brad Binder (Afrika Selatan) dan Thomas Luthi (Swiss). Enjin jentera Moto2 disediakan oleh Honda dan berkapasiti 600cc. KTM telah membuktikan bahawa mereka adalah saingan yang perlu diambil berat dalam saingan…