Ketika Stefan Pierer mengambil alih KTM pada 1991, pengeluar motosikal berpangkalan di Austria itu berdepan masa depan yang suram apabila ketinggalan dibelakang berbanding jenama Jepun. Pierer kemudiannya mengambil masa beberapa tahun untuk memulihkan KTM dan hasilnya, 28 tahun kemudian, jumlah penghasilan motosikal KTM dalam masa sehari menyamai jumlah penghasilan dalam masa setahun ketika Pierer mula-mula…
Category: Kawasaki
Cantik adalah subjektif, apa yang cantik di mana anda mungkin tidak bagi orang lain. Senario sama juga boleh diterapkan dalam dunia motosikal apabila ada di antara kita yang berpendapat sesetengah motosikal itu cantik sementara ada yang berpendapat sebaliknya. Bagaimanapun, komuniti pencinta dua roda bersetuju wujud beberapa jentera yang sememangnya tidak menampakkan ciri-ciri sedap mata memandang….
Dominasi Alvaro Bautista dan jentera Ducati V4 R dalam kejohanan WorldSBK sudah pasti membakar semangat Kawasaki. Ianya disemarakkan lag dengan penggunaan teknologi MotoGP dalam jentera Ducati V4 R. Mereka membayangkan bahawa mereka akan muncul dengan sebuah Kawasaki Ninja ZX-10RR yang baharu bagi musim 2020.
Kawasaki telah meningkatkan pegangan dalam Modenas sebanyak 30 peratus – dan mampu naik sehingga 48 peratus – sekaligus mencetuskan persoalan sama ada jenama motosikal nasional itu akan menghasilkan jentera baharu dengan sentuhan pengeluar Jepun? DRB-HICOM Berhad telah memeterai perjanjian dengan Kawasaki Heavy Industries Ltd (KHI) untuk menjual saham biasa 14,300,000 dalam Motosikal dan Enjin Nasional…
Model ‘supernaked’ yang paling dinantikan peminat jentera dua roda akhirnya telah tiba di Malaysia! Kawasaki Motors Sdn. Bhd bersama-sama Menteri Dalam Negeri, YB Tan Sri Dato Haji Muyiddin Bin Haji Muhammad Yassin telah melancarkan model Z 250 ABS dan Z 400 ABS dalam satu majlis yang berlangsung di Hotel Sheraton, Petaling Jaya, hari…
Kawasaki adalah pengeluar terkini yang sedang mengusahakan pembangunan teknologi radar untuk motosikal keluaran mereka. Sebuah paten yang telah difailkan oleh mereka telah mempamerkan sebuah sistem dengan radar hadapan dan belakang. Sistem ini berfungsi bersama dengan brek dan juga pendikit.
Empat buah pengeluar motosikal utama di Jepun, iaitu Honda, Yamaha, Kawasaki, dan Suzuki akan bekerjasama bagi membangunkan teknologi bateri motosikal. Mereka sedang berusaha membangunkan teknologi penukaran bateri bagi mengatasi tempoh pengecasan yang panjang. Yamaha sudah mula bekerjasama dengan Gogoro di Taiwan bagi membangunkan teknologi penukaran bateri ini.
Model Kawasaki Ninja H2 SX SE adalah varian sport tourer bagi platform H2. Pada masa ini, ia merupakan motosikal sport tourer terpantas dan paling berkuasa. Ditetapkan pada harga RM136,900.
Motosikal Kawasaki Ninja ZX-10R SE 2019 ini mungkin tampak agak mirip pendahulunya, namun, ianya telah menjalani sejumlah rombakan semula. Selain daripada kepala silinder dan ‘valvetrain’, varian SE ini juga dilengkapi dengan suspensi separa aktif elektronik. Ianya sebuah jentera yang hebat untuk jalan raya dan juga di atas litar.