Honda Super Cub Diangkat Ke Dunia ‘Anime’

Tahun 2018 merupakan tarikh penting buat Honda apabila mereka meraikan ulang tahun ke-60 bagi Super Cub dengan model pertama lahir 10 tahun selepas syarikat tersebut ditubuhkan. Membuat penampilan sulung pada 1958 sebelum dilancarkan di Amerika Syarikat, model popular itu kemudiannya mencetuskan budaya pop tersendiri. Tahun lalu, Honda turut berkolaborasi dengan artis manga terkenal, Hisashi Eguchi…

Dua Beradik Marquez Taruhan Repsol Honda Musim 2020

Selepas pelbagai nama dicanang akhirnya Repsol Honda membuat keputusan untuk menamakan Alex Marquez selaku pengganti Jorge Lorenzo bagi musim 2020. (Alex) Marquez, juara Moto2 musim ini telah diangkat sebagai pilihan utama berbanding Johann Zarco dan Cal Crutchlow susulan pengumuman persaraan Lorenzo, minggu lalu. Gabungan dua beradik Marquez ini ternyata bakal membawa imej berlainan buat Repsol…

MotoGP: Musim 2019 Berakhir, Marquez Hadiahkan Kejuaraan Berganda

Marc Marquez menoktahkan status selaku juara dunia MotoGP musim 2019 dengan kemenangan di litar Valencia. Dia turut berjaya mengurniakan kejuaraan dunia pasukan untuk Repsol Honda sekaligus menamatkan kempen terakhir MotoGP 2019 dengan kejuaraan berganda. Meskipun kejuaraan dunia telah pun disahkan di GP Thailand, Oktober lalu namun senario itu tidak menyekat Marquez untuk memburu kemenangan ke-12…

Antara Crutchlow, Zarco Dan Marquez – Jorge Lorenzo

Setelah mengumumkan akan bersara hujung musim ini, Jorge Lorenzo mendedahkan tiga nama telah dicanang akan mengisi tempatnya di Repsol Honda musim depan. Lorenzo mendakwa Cal Crutchlow, Johann Zarco dan pelumba Moto2, Alex Marquez antara calon yang sedang dipertimbangkan ketika ini. Menurut laporan Crash.net, Lorenzo menyifatkan ketiga-tiga pelumba menawarkan sumbangan yang berbeza. “Cal (Crutchlow) merupakan pelumba…

Zarco Idam Kerusi Ditinggalkan Lorenzo

Susulan pengumuman persaraan mengejut Jorge Lorenzo semalam, Johann Zarco tampil mendedahkan dia mengimpikan peluang untuk sertai Repsol Honda musim depan. Tiga kali juara dunia MotoGP, Lorenzo membuat keputusan untuk bersara dalam satu sesi sidang media tergempar semalam susulan aksi terumbang ambing musim ini. Kegagalan menemui rentak di samping dipalit dengan kecederaan merencatkan karier pelumba berusia…

“Saya Membuat Keputusan Untuk Bersara”

Pelumba Repsol Honda, Jorge Lorenzo telah mengadakan sidang media mengejut bagi mengumumkan keputusannya untuk bersara, hari ini. Tiga kali juara dunia MotoGP itu, mengumumkan keputusan tersebut sambil ditemani Ketua Pegawai Eksekutif Dorna, Carmelo Ezpelta menjelang GP Valencia, perlumbaan penutup tirai MotoGP musim ini. Meskipun kontrak bersama Honda hanya akan berakhir 2021 namun prestasi terumbang-ambing musim…

Honda Dash 125 Dengan Warna Baharu Diperkenalkan Bagi 2020

  Motosikal kapcai mampu milik dari Boon Siewa Honda, Dash 125 kini dikemas kini dengan warna baharu bagi tahun 2020. Kombinasi warna metalik yang diserlahkan oleh panel berwarna perak menjadikan rupa keseluruhan lebih ekspresif bagi penunggang yang gemar dgn jentera tampak berbeza. Pilihan warna baharu ini menepati cita rasa kebanyakan penunggang motosikal. Honda Dash 125…

Diinspirasikan Oleh RC213V, Honda CBR1000RR Fireblade 2020 Didedahkan – 217hp, 113Nm!

Meskipun terdapat ura-ura yang mengatakan Honda CBR1000RR Fireblade akan muncul dengan enjin V4 sepertimana yang terdapat pada jentera RC213V namun model baharu itu masih mengekalkan enjin empat in-line bagi 2020. Bagaimanapun, jentera baharu ini difahamkan lahir menerusi kerjasama rapat dengan Honda Racing Corporation (HRC). Jentera baharu ini menghasilkan 217hp pada 14,500rpm dan 113Nm pada 12,500rpm…

Terlibat Kemalangan Di Sepang, Afridza Munandar Disahkan Meninggal Dunia

Susulan kejadian yang tercetus ketika perlumbaan Idemitsu Asia Talent Cup di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), hari ini, pihak penganjur mengesahkan bahawa pelumba, Afridza Munandar, meninggal dunia. Pelumba Indonesia berusia 20 tahun itu terbabit dalam kemalangan ketika di Selekoh 10 lap pertama lalu memaksa pegawai perlumbaan mengibar bendera merah. Afridza menerima rawatan kecemasan di tepi litar…