Helmet HJC RPHA 11 Mike Wazowski 2018 Diperkenalkan!

  Bersempena dengan perlumbaan HJC Helmets Grand Prix de France, HJC Helmets telah memperkenalkan helmet HJC RPHA 11 Mike Wazowski 2018 yang baru. Helmet sukan tercanggih mereka itu bercirikan watak popular dari filem Monsters, Inc. Harga bagi pasaran Amerika Syarikat untuk helmet RPHA 11 yang baru ini telah ditetapkan pada $599.99 (sekitar RM2,382).

AGV Perkenalkan Helmet ‘Flip-Up’ Karbon Fiber Sepenuhnya Yang Pertama Di Dunia, AGV Sportmodular 2018!

AGV telah memperkenalkan AGV Sportmodular 2018, helmet ‘flip-up’ karbon fiber sepenuhnya yang pertama di dunia. Dengan berat hanya 1,295 gram, helmet modular terbaru AGV ini direka dengan tahap keselamatan, rekabentuk, dan fungsi yang tinggi. Dengan tahap keselamatan yang setanding helmet tercanggih mereka, AGV Pista GP R, helmet ini telah ditetapkan hanrganya pada $749 (kira-kira RM2,896)…