Hong Leong Yamaha Motor telah mengumumkan warna baharu bagi motosikal Yamaha X-Max 250 2018. Harga asasnya kekal pada RM21,225 (tidak termasuk insurans dan cukai jalan). Penghantaran akan bermula pada bulan ini (Disember 2018).
Category: BERITA TEMPATAN
Berita dan ulasan pandu uji Kereta dari Malaysia, berita tempatan dan antarabangsa
Pindaan kepada Akta Pengangkutan Jalan membolehkan majlis perbandaran untuk melantik warden trafik mereka sendiri. Warden-warden ini boleh menguatkuasakan undang-undang trafik berbanding hanya mengeluarkan saman parkir. Pindaan ini juga bermakna agensi penguatkuasaan trafik hanya boleh mengeluarkan saman mahkamah dan bukan saman kompaun.
Dato’ Samson Anand George iaitu CEO Naza Automotive Group, Naza Corporation Holdings Sdn Bhd baru sahaja dianugerahkan dengan Ordre National du Mérite dari kerajaan Perancis atas usaha dan sumbangan beliau kepada negara Perancis menerusi industry automotif. Duta Perancis di Malaysia, Frédéric Laplanche, telah memberi anugerah tersebut kepada Dato Samson pagi tadi di majlis penganugerahan yang…
Country Heights dan rakan kongsi dari China, Goldenport Enterprises, baru sahaja mengumumkan kerjasama terkini mereka dalam menjadikan Malaysia sebagai tuan rumah bagi pusingan pertama Asia GT Festival di Sepang Circuit (SIC). Malaysia akan menjadi negara pertama yang akan mengaturkan perlumbaan Asia GT (China GT Championship) di luar negara China dimana lebih dari 30 kereta lumba…
Honda Malaysia telah menghadiahkan tujuh buah Honda City baharu kepada para pemenang peraduan kempen ‘Joy of Buying’ yang telah dijalankan dari 1 September hingga 31 Oktober 2018. Peraduan ini telah dijalankan sempena ulang tahun Honda yang ke-70 dimana Honda Malaysia memberi fokus kepada aspek membeli, menjual dan mereka dari konsep ‘3 Joys of Honda’.
Mohd Hafiz Nor Azman telah meninggal dunia setelah terlibat dalam satu kemalangan sewaktu perlumbaan akhir Cub Prix pada hujung minggu yang lalu. Pihak penganjur berjanji akan melakukan penyiasatan yang menyeluruh. Tragedi ini adalah yang kedua dalam tempoh 18 bulan.
Anda rasa anda faham akan selok belok motosikal dan kelengkapan menunggang anda? Tetapi, sedalam manakah sebenarnya pengetahuan anda? Sheng Fatt Motor Sdn Bhd Pulau Pinang akan menganjurkan satu sesi ‘shop talk’ istimewa buat semua penunggang motosikal. Bual bicara ini turut meliputi satu sesi perkongsian ilmu dan sesi bual bicara yang dihoskan oleh Pengurus Selepas Jualan…
Industri automotif telah didominasi oleh lelaki buat sekian lama tetapi semakin banyak wanita yang turut terlibat. Kami telah berpeluang mengenali beberapa orang pelajar wanita di Kolej Automotif TOC. Mereka merintis jalan bagi menghancurkan stereotaip.
Mpire Asia Sdn Bhd (Foton Malaysia) telah melancarkan Pusat Foton 3S yang pertama di dalam negara. Pengumuman rasmi pusat 3S berteknologi canggih ini telah diadakan di Glenmarie, Shah Alam dan dilancarkan oleh Duta Khas Malaysia ke China, YB Tuan Tan Kok Wai. Mereka juga telah lancar dua van komersial baharu iaitu model View C2 dan…