Aprilia Malaysia Lancar Tuono V4 1100 Factory – 185kg, 175hp!

Aprilia Tuono V4 1100 Factory akhirnya didedahkan kepada orang ramai yang hadir ke Litar Antarabangsa Sepang (SIC), hari ini. Bagi yang mengikuti perkembangan Aprilia, Tuono sememangnya dikenali sebagai ikon bagi segmen ‘supernaked’ sebelum lahirnya beberapa jentera lain yang cuba untuk berselisih bahu dengan motosikal ikonik ini. Tuono merupakan jentera yang paling tepat untuk menyajikan prestasi…

Triumph Malaysia Lancar ‘Racun’ Baharu, Street Triple RS 2020!

  Fast Bikes selaku pengedar rasmi Triumph Motorcycle Malaysia melancarkan Triumph Street Triple RS 2020 di Litar Antarabangsa Sepang, sempena Shell Malaysia MotoGP 2019, hari ini. Model yang julung kalinya dilancarkan pada 2007 itu kini menawarkan prestasi dan kuasa yang lebih tinggi dan agresif. Ketua Pegawai Eksekutif Fast Bikes Sdn Bhd dan Triumph Motorcycles Malaysia,…

SYM VF3i V2 Dilancarkan – Harga Dari RM8,338!

Mforce Bike Holdings telah melancarkan SYM VF3i V2 185cc yang telah dikemaskini dengan empat warna baharu. SYM VF3i merupakan jentera jenis ‘supercub’ dengan enjin terbesar dalam kelasnya namun masih didatangkan dengan harga mampu milik. Menyedari tahap populariti jentera tersebut semakin meningkat, versi baharu ini dijangka dapat menarik lebih ramai pembeli terutamanya yang mencari kapcai yang…

Bila Dovizioso Dan Petrucci Singgah Di Shell KLIA

Pelumba Ducati MotoGP, Andrea Dovizioso dan Danilo Petrucci meriahkan sesi ‘meet & greet’ di Shell KLIA yang turut dihadiri pemilik Ducati, hari ini.   Meskipun berdepan kepadatan jadual namun kedua-dua pelumba itu masih sempat meluangkan masa bersama peminat dengan sesi tandatangan dan bergambar. Kehadiran kedua pelumba bintang itu membuatkan Shell KLIA dibanjiri lautan merah. Kedua-duanya…

4 Mentaliti Yang Perlu Diubah Penunggang Motosikal Di Malaysia

Rata-rata pengguna motosikal sekarang sibuk memfokuskan cara untuk mencantikkan dan melajukan motosikal tetapi bila tanya tentang aspek penjagaan terutamanya bahagian enjin, masing-masing melopong. Hakikatnya, penjagaan enjin adalah aspek paling penting bagi setiap motosikal, untuk apa buat pinjaman tiga hingga tujuh tahun kalau enjin hanya mampu tahan setahun dua sahaja? Jadi pentingnya untuk mengubah konsep pemikiran…

Morbidelli, Norrodin Dan Binder Hangatkan Sesi ‘Meet & Greet’ Tourism Malaysia

Menjelang perlumbaan MotoGP Malaysia yang akan berlangsung 1 hingga 3 November ini, tourism Malaysia bersama-sama pelumba MotoGP telah mengadakan sesi ‘Meet & Greet’ yang berlangsung di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTic), hari ini. Antara pelumba bintang yang hadir adalah, Franco Morbidelli, Adam Norrodin, John McPhee, Ayumu Sasaki, Brad Binder, Jorge Martin, Can Oncu, Remy Gardner, Tetsuta…

Haramkan Kapcai Tak Praktikal – Anthony Loke

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, menegaskan bahawa tindakan untuk mengharamkan kapcai adalah tidak praktikal meskipun terdapat beberapa individu menyuarakan cadangan tersebut. “Meskipun terdapat kumpulan bukan kerajaan yang menggesa agar mengharamkan penggunaan motosikal kapcai tetapi kami perlu mengambil kira aspek praktikal kerana terdapat lebih 16 juta pengguna kapcai di Malaysia. “Ramai yang akan terkesan dengan pengharaman ini,”…

RM30 Juta Untuk Bumbung Baharu, Tiada Lagi Insiden ‘Bocor’ Di Litar Sepang

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) telah menjalani beberapa penambahbaikan menjelang perlumbaan MotoGP Malaysia. Bagi memastikan kelancaran perlumbaan kali ini, SIC telah membelanjakan lebih RM30 juta untuk menggantikan bahagian bumbung yang meliputi 1.8 kilometer, menaik taraf tandas dan kawasan paddock serta memperbaiki sistem saluran. Menurut laporan New Straits Times, Ketua Pegawai Eksekutif (SIC), Datuk Razlan Razali, mendedahkan…