Honda Indonesia Dedah ‘Teaser’ Skuter Baharu, ADV 160 Bakal Tiba?

Perkongsian terbaru PT Astra Honda Motor selaku pengedar rasmi jenama Honda di Indonesia telah berkongsi ‘teaser’ baharu di akaun Instagram yang memaparkan sebuah skuter ‘adventure’. View this post on Instagram A post shared by PT. Astra Honda Motor (@welovehonda_id) Melihat kepada rekaan ditampilkan sememangnya mirip Honda ADV 150. Namun, kami menjangkakan ‘teaser’ tersebut merujuk kepada…

MotoGP: Quartararo Menang Di Sachsenring, Bagnaia Terus Malang

Fabio Quartararo terus selesa mendahului kejuaraan dunia MotoGP musim 2022 apabila merekodkan kemenangan ketiga musim ini di GP Jerman. Pelumba Monster Energy Yamaha itu bingkas mendahului perlumbaan sejak dimulakan dan meskipun terdapat asakan daripada pelumba Ducati, Francesco Bagnaia namun Quartararo kekal tenang untuk terus berada di depan. Kedudukan Quartararo bertambah selesa apabila Bagnaia kemalangan ketika…

MotoGP: Jorge Martin Tekad Tinggalkan Ducati Jika Tak Dapat Slot ‘Factory’

Jorge Martin sudah mula rasa kurang senang dengan kedudukannya menjelang musim 2023. Ini kerana pelumba Sepanyol itu sebelum ini hampir pasti akan diangkat ke pasukan factory Ducati bagi musim 2023. Bagaimanapun, ekoran prestasi memberangsangkan pelumba Gresini Racing, Enea Bastianini dengan merekodkan dua kemenangan setakat ini di samping menduduki tempat ketiga kejuaraan dunia membuatkan kedudukan Martin…

Lima Maut Di Isle Of Man TT 2022, Siasatan Mendalam Dijalankan

Perlumbaan Isle of Man TT (IOMTT) kembali berlangsung bagi 2022 setelah dua tahun kejohanan itu dibatalkan ekoran pandemik Covid-19. Bagaimanapun, edisi 2022 menyaksikan seramai lima pelumba disahkan maut merangkumi sesi ujian, kelayakan dan perlumbaan. Mark Purslow, Cesar Chanal, Davy Morgan, Roger Stockton serta anaknya Bradley Stockton melengkapkan senarai mangsa yang maut di perlumbaan penuh mencabar…

Isle Of Man TT 2022 Catat Kematian Ketiga

Isle of Man TT 2022 merekodkan kematian ketiga setelah penganjur mengesahkan pelumba berpengalaman, Davy Morgan meninggal dunia ekoran kemalangan pada 6 Jun. Morgan merupakan korban ketiga di IOMTT 2022 selepas Mark Purslow (1 Jun) dan Oliver Lavorel (4 Jun). Morgan kemalangan ketika perlumbaan pertama kategori Supersport yang merupakan penampilan ke-80 pelumba itu di perlumbaan TT….

Saya Minta Maaf – Aleix Espargaro

Aleix Espargaro terpaksa berputih mata selepas kehilangan podium gara-gara meraikan kejayaan tempat kedua lebih awal meskipun perlumbaan masih berbaki satu lap. Pusingan kesembilan MotoGP di Litar Catalunya bakal menghantui Espargaro ekoran tindakannya meraikan kejayaan lebih awal daripada sepatutnya. Ketika saingan masih berbaki satu lap (lap terakhir), Espargaro bertindak memperlahankan kelajuan secara tiba-tiba lantas memberi bayangan…

MotoGP: Quartararo ‘Tapau’ Litar Catalunya, Espargaro Malu Besar

Fabio Quartararo terus mengukuhkan kedudukan sekalu pendahulu kejuaraan MotoGP musim 2022 selepas memenangi pusingan kesembilan di GP Catalunya. Meskipun bermula di petak ketiga namun Quartararo bermula baik untuk terus berada di depan selepas selekoh pertama sebaik perlumbaan dilepaskan. Ketika baki dua lap terakhir, Quartararo selesa berada di depan dengan jurang lebih 5 saat dihadapan Aleix…

MotoGP: KTM Sambar Jack Miller

Selepas diberitahu bahawa tiada tempat untuk Jack Miller di pasukan factory Ducati menjelang musim 2023, pelumba Australia itu dilaporkan akan berhijrah ke KTM. Menurut laporan media antarabangsa, Miller telah pun menandatangani kontrak dua tahun untuk menyertai Red Bull KTM bagi musim 2023 dan 2024. Miller akan menggantikan Miguel Oliveira – yang telah diarahkan untuk turun…

Isle Of Man TT 2022 Buka Tirai Dengan Kematian Pelumba Britain

Pelumba Britain, Mark Purslow disahkan meninggal dunia susulan kemalangan ketika sesi kelayakan perlumbaan Isle of Man TT 2022. Perkara itu disahkan pihak penganjur dalam satu kenyataan pada Rabu. “Kami mahu mengucapkan takziah kepada keluarga dan sahabat Mark,” jelasnya. Bagaimanapun, pihak penganjur turut memaklumkan bahawa perlumbaan IOMTT 2022 akan diteruskan. Purslow sedang memasuki lap ketiga sewaktu…