Norton Motocycle Company telah memeterai kontrak bernilai £5 juta bersama dengan pengedar di Jepun. Perjanjian ini akan menyaksikan penghantaran 1,000 buah motosikal dalam tempoh lima tahun. Perjanjian ini membolehkan Norton untuk menambah bilangan tenaga kerjanya.
Category: BERITA ANTARABANGSA
Berita dan ulasan pandu uji Kereta dari Malaysia, berita tempatan dan antarabangsa
Honda UK turut mendedahkan harga bagi model Honda CBR650R 2019. Motosikal CBR650R baharu telah dipertingkatkan keluaran kuasa dan dikurangkan beratnya. Dan paling mengujakan sekali, ia kini tampak seperti sebuah CBR1000RR Fireblade!
Helmet pintar Shoei IT-HT telah diperagakan di CES (Consumer Electronics Show). Ia dilengkapi dengan HUD (heads up display) dan kebolehan Bluetooth. HUD berkenaan mampu memaparkan data penunggangan masa sebenar seperti kelajuan, rpm enjin, navigasi, dan lain-lain.
Honda UK telah mendedahkan harga bagi model Honda CB650R 2019. Motosikal ini hampir serba baharu, selain daripada penggayaannya. Honda UK menawarkan model ini pada harga £6,999.
Motosikal Triumph Rocket III telah diintip sedang menjalani ujian. Ia dijangka tampil dengan enjin 2,500 hingga 2,800cc, 180 hingga 200hp yang baharu. Motosikal baharu ini tampak lebih moden dan agresif.
Nicola Dutto adalah penunggang motosikal paraplegik pertama dalam Rali Dakar. Jentera KTM 450 EXC-Fnya telah diubahsuai khusus untuk tugas berkenaan. Pasukannya terdiri daripada tiga orang penunggang lain yang akan membantunya.
Tulang selangka kanan Dani Pedrosa telah tercedera semula. Dan oleh kerana itu, dia tidak dapat menghadiri ujian pemanas di SIC. Tulang itu telah tercedera sewaktu latihan fizikal, dan bukannya akibat kemalangan.
Marc Marquez sedang menjalani tempoh pemulihan enam minggu selepas menjalani pembedahan pada bahu kirinya. Pakar bedah MotoGP, Dr. Xavier Mir kagum dengan bagaimana penunggang berkenaan berjaya memenangi kejohanan dengan kecederaan pada bahu kirinya itu. Sesi ujian pra musim HRC akan berlangsung dari 1 hingga 3 Februari 2019.
LG Electronics (LG) bersama Microsoft telah menandatangani sebuah memorandum persefahaman untuk meningkat dan mengembang perniagaan sistem kenderaan autonomi dan ‘infotainment’. Di bawah terma perkongsian tersebut, LG akan mempercepat transformasi platform digital yang sedia ada untuk industri kenderaan dimana ia dilihat sebagai enjin kemajuan utama bagi syarikat itu dalam memanfaatkan teknologi Microsoft’s Azure cloud dan juga…