Ketua Pegawai Eksekutif KTM, Stefan Pierer, telah menyatakan hasratnya untuk memperoleh Ducati dalam satu temuramah. Dia telah pun mempunyai rancangan bagi membolehkan kedua-dua jenama bekerjasama. Ianya sudah pasti amat menarik sekali untuk menyaksikan sama ada KTM berjaya membeli Ducati dari VW.
Category: BERITA ANTARABANGSA
Berita dan ulasan pandu uji Kereta dari Malaysia, berita tempatan dan antarabangsa
Valentino Rossi telah memenangi Monza Rally buat kali ke-tujuhnya pada hujung minggu lalu. Ianya merupakan kemenangannya yang ke-empat secara berturut-turut. Rossi telah meluahkan rasa cintanya pada perlumbaan rali sejak tahun 2005.
Seorang penunggang motosikal telah menawarkan motosikal Yamaha R1-nya kepada polis bagi mengejar seorang saspek langgar lari. Dia memutuskan untuk membantu setelah melihat pemandu trak pikap merempuh sekatan jalan raya polis. Dia bersama anggota polis berkenaan telah mengejar trak tersebut dan berjaya menghentikannya.
Motosikal Foggy-Petronas FP1 merupakan motosikal superbike buatan Malaysia. Dibina untuk perlumbaan WSBK bermula tahun 2003, homologasi jentera ini menyebabkan terhasilnya 150 buah unit. Petronas dan Momoto terlibat dalam kes guaman dan membantutkan pengimportan.
BMW Motorrad telah membuat satu usikan dengan sebuah enjin Boxer 1,800cc yang baharu. Pengeluar tersebut telah mengamanahkan Custom Works Zon untuk membina sebuah motosikal buatan khas bagi enjin tersebut. Khabar angin ada mengatakan bahawa BMW akan membina sebuah motosikal cruiser.
Jadual, peraturan, dan grid bagi siri kejohanan Enel MotoE World Cup 2019 telah pun disahkan. 18 orang penunggang akan mengambil bahagian dalam siri kejohanan yang akan diadakan buat julung kalinya ini. Lima pusingan telah pun ditetapkan bagi tahun hadapan.
BMW Motorrad telah mendedahkan bahawa motosikal BMW S 1000 RR 2019 akan menggunakan injap batang berongga titanium. Teras yang berongga ini akan meringankan injapnya. Injap yang lebih ringan akan membolehkan tahap rpm yang lebih tinggi secara konsisten.
Motosikal Triumph Bonneville Speed Twin 2019 telah pun diperkenalkan. Ia dilengkapi dengan pengendalian serta enjin berprestasi tinggi, dan juga rupa paras retro. Motosikal ini mengambil ilham daripada motosikal berprestasi tinggi pertama keluaran Triumph, iaitu model Speed Twin 1937.
Juara bertahan MSBK, Azlan Shah Kamaruzaman akan menyertai Asia Superbike 1000 (ASB1000) pada tahun 2019. Dia akan menyertai pasukan ONEXOX TKKR Racing Team. ASB1000 adalah kelas premier dalam siri kejohanan FIM Asia Road Racing Championship.