Aprilia pada penghujung 2016 ini telah mempersembahkan jentera yang cukup menarik dengan kuasa melebihi 250hp berasaskan dari jentera yang pernah digunakan pada perlumbaan MotoGP pada 2015 iaitu RS-GP 15. Jentera ini adalah Aprilia RSV4 R FW-GP. Jentera ini menggunakan saiz gerek yang lebih besar iaitu 81mm, 3mm lebih besar daripada saiz gerek RSV4 yang biasa…
Author: eddy
Kozi Sport Wheels, satu jenama dari TSR Malaysia, membawakan rim sukan rekaan terbaru, M5, untuk Yamaha Y15ZR. Terdapat 3 warna untuk dipilih iaitu Emas, Hitam dan Biru.
BENELLI Malaysia melancarkan model baharu di dalam barisan keluarga Benelli iaitu TnT135 di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur. BENELLI TnT135 serba baru menampilkan enjin suntikan bahan api elektronik SOHV 4 injap sejukan pelincir bagi memberi daya pecutan dan kepuasan kepada yang inginkan tunggangan lebih sporty, ditambah dengan rangka tiub keluli menjadikan ia tunggangan lebih mantap…
Boon Siew Honda (BSH) nampaknya terus agresif dalam memperkenalkan jentera-jentera baru yang menarik. Kali ini, BSH membawakan kepada rakyat Malaysia jentera genit yang comel iaitu Honda MSX 125 yang mana dikenali juga sebagai Honda Grom di negara lain. Honda MSX 125 ini hadir dengan enjin satu silinder 125cc 4-lejang yang mampu memberikan kuasa maksima pada 7.2kW (9.65bhp)…
Yamaha Indonesia telah mengemaskini jentera moped 150cc mereka iaitu Jupiter MX King atau Y15ZR di Malaysia. Paling menampakkan perubahan adalah pada warna Racing Blue ini dimana tempat duduknya diwarnakan dengan warna yang setara iaitu warna biru juga. Warna Racing Blue ini adalah warna yang biasa, bukan warna edisi istimewa kerana versi GP masih ada juga.
Setelah memperkenalkan jentera sukan 250cc, GSX-250R, Suzuki terus menyertai saingan dalam kategori jentera kembara 250 dengan adanya Suzuki V-Strom 250. Kehadiran jentera kembara dalam kategori 250cc sangat ditunggu oleh peminat motosikal terutamanya di Asia kerana had lesen yang dibahagikan mengikut kapasiti enjin sehingga 250cc. Selain itu juga, pilihan dalam kategori 250cc biasanya hanya model sukan…
Saat pengeluar lain sibuk menyiapkan jentera ‘sport’ dalam kategori 250cc, Kawasaki bertindak dengan cara yang berbeza dengan terus mempersembahkan jentera 250cc dalam kategori kembara (tourer). Hasilnya adalah 2017 Kawasaki Versys-X 250 City / Versys-X 250 Tourer. Kawasaki Versys-X 250 merupakan jentera yang baru sahaja diperkenalkan pada awal November ini, dan nampaknya Kawasaki Indonesia tidak menunggu lama…
Boon Siew Honda memperkenalkan Honda EX5 Dream FI edisi terhad dengan warna baru iaitu Krom Logam (Metal Chrome). Warna ini nampaknya sungguh moden dan cukup menarik dengan gandingan warna kelabu dan hitam. Bingkai lampu ini dikemaskan dengan warna krom yang cukup berkilau dan nampak mewah.
KTM akan meneruskan usahanya untuk membangunkan jentera RC16 kali ini dengan menyertai pusingan terakhir dalam siri MotoGP di Valencia. Jentera ini akan dikendalikan oleh Mika Kallio dengan nombor perlumbaan #36