Balatonring, pernahkah anda mendengar nama ini? Mungkin tidak kerana litar ini tidak berjaya disiapkan untuk kegunaan umum. Litar ini mempunyai susunan yang menarik dengan selekoh-selekoh tajam untuk pemanduan perlahan dan juga selekoh-selekoh laju yang memungkinkan untuk pelumba memotong pesaing mereka. Litar ini dibina dengan anggaran kos €80 juta berdekatan dengan tasik Balaton, di wilayah Savoly…
Author: eddy
HLYM mengemaskini grafik Yamaha MT-07 dengan dua warna iaitu Night Fluo dan Yamaha Blue. MT-07 sebagai jentera sememangnya hadir dengan grafik yg minimum untuk menampakkan garisan-garisan badannya yang cantik beserta dengan enjin dwi silinder yang tidak dilitupi reraup.
Honda memperkenalkan sebuah konsep ‘Honda Riding Assist’ yang mana merupakan jentera yang mampu mengimbangkan dirinya sendiri (swaimbang?) di CES 2017. Teknologi ini diperkembangkan dari teknologi penyelidikan robotik humanoid ‘ASIMO’. Jentera nampaknya seperti berasal dari model NC750X yang telah diubahsuai untuk memuatkan peralatan robotik dan kawalan bar pemegang.
Sekiranya anda selalu menghadapi masalah dengan kasut kesayangan anda yang tergores dengan tuil penukaran gear motosikal anda, maka pad penukar gear dari Komine ini mungkin adalah satu aksesori yang anda perlukan.
Terdapat ura-ura dari Sinar Turbo bahawa jentera Kawasaki Z900 ini akan dibawa masuk ke Malaysia sebagai pesaing dalam kategori 900cc seperti jentera dari Yamaha MT-09. Kawasaki Z900 akan menggantikan model Z800 sedia ada dan diharapkan harga Z900 ini adalah dalam lingkungan harga terjangkau seperti awalnya kemunculan Z800 iaitu pada harga bawah RM50k (RM47,989 asas).
Yamaha YZF-R15 akan menerima kemaskini pada masa yang terdekat ini dan TMCBlog melaporkan terdapat beberapa gambar intipan yang menyerlahkan sedikit gambaran awal mengenai YZF-R15 ini. Lampu hadapan adalah lebih sepet dan di tengahnya menampakkan lohong masukan udara yang lebih besar.
Kawasaki hadir dengan edisi khas Kawasaki Z125 Pro warna biru plasma gula-gula (Candy Plasma Blue) / hitam percikan metalik (Metallic Spark Black). Rim sukan pada edisi ini berwarna emas bersekali dengan sentuhan warna emas juga pada suspensi terbalik hadapan. Jentera 125cc genit ini telah diperkenalkan di Malaysia pada 8 Disember 2015, iaitu pada tahun lepas. Harganya untuk…
Satu sesi ujian jentera Honda CBR250RR telah dijalankan oleh sahabat kita di Indonesia iaitu Taufik dari TMCBlog untuk menguji pelbagai aspek jentera ini. Salah satu aspek yang diuji adalah kelajuan maksima (top speed) CBR250RR ini kerana dikatakan jentera ini adalah menumpukan kepada prestasi bukan kepada pengurangan kos seperti mana pengeluar lain. TMCBlog melaporkan bahawa…
Jentera jalanan ini telah diperkenalkan pada Oktober 2016 di acara Intermot, Cologne dan kali ini sedia untuk dipasarkan pada tahun hadapan. Yamaha MT-09 hadir dengan enjin menumpukan kuasa pada peringkat pertengahan dengan daya kilas yang kuat dan dari itulah nama ‘MT’ terhasil, iaitu ‘Master of Torque’. Versi kemaskini untuk 2017 ini dapat dilihat pada penggunaan…