Indonesia menerima jentera terbaru iaitu Yamaha YZF-R15 kini hadir dengan enjin baru berkapasiti 155cc. Lebih menarik lagi adalah kuasa enjin ini pada ukuran 14.2kW (19hp) yang cukup berkuasa bagi jentera 155cc ini. Maverick Vinales dan Valentino Rossi muncul di Indonesia melancarkan Yamaha YZF-R15 ini.
Author: eddy
Hong Leong Yamaha Malaysia Sdn Bhd (HLYM) kini menaja ‘Kelas Celik Yamaha’ di SMK Bukit Rahman Putra di bawah Program Pendidikan Khas Integrasi (SEIP). HLYM menyediakan bengkel automotif di SMK Bukit Rahman Putra yang mampu memberikan pembelajaran automotif yang lebih praktikal dengan kelengkapan dan peralatan professional. HLYM juga memberikan nasihat dan tunjuk ajar dalam kepakaran automotif…
Pasukan Movistar Yamaha MotoGP telah didedahkan dengan rasminya dan sedia untuk beraksi pada musim 2017 ini. Menariknya kali ini, pasukan Movistar Yamaha MotoGP memilih Maverick Vinales dari pasukan Suzuki sebagai gandingan bersama Valentino Rossi setelah Jorge Lorenzo berpindah ke pasukan Ducati.
HLYM melancarkan satu lagi Ego mereka dengan hadirnya Yamaha Ego Solariz yang memfokuskan kepada jentera automatik yang ‘Segalanya Mungkin’. Jentera automatik (skuter) semakin meningkat dari segi popularitinya berbanding beberapa tahun lepas dimana setiap pengeluar utama motosikal turut mengeluarkan jentera automatik mereka. Lihat saja Honda dengan BeAt, Kawasaki dengan J300, Suzuki dengan Nex dan Modenas dengan…
Boon Siew Honda (Malaysia) mengemaskini jentera berkapasiti 650cc mereka dengan warna dan grafik baru untuk 2017. Honda CB650F dan CBR650F merupakan jentera permulaan untuk penunggang yang baru menyertai medan kuasa jentera 650cc dengan enjin 4-silinder. Honda mensasarkan jentera sebagai “your entry into Honda inline 4”. Kedua-dua jentera ini menerima dua warna baru iaitu hitam rata…
Hyundai memperkenalkan konsep skuter elektrik IONIQ, yang boleh dimuatkan ke pintu kereta Hyundai IONIQ. Konsep ini adalah untuk menyelesaikan masalah pergerakan pengguna kereta jarak perbatuan pertama dan yang terakhir. Maksudnya dari rumah atau pejabat anda ke tempat letak kereta dan dari tempat letak kereta ke rumah atau pejabat anda.
Satu jentera dari Honda yang sangat unik dibina pada tahun 1980-an dengan rekaan yang nampak begitu futuristik. Honda Beat ini hadir dengan enjin 2-lejang berkapasiti hanya 50cc dan mampu menjana 7.2 PS yang mana cukup kuat untuk membawa jentera dengan berat cuma 60kg ini.
Sebuah jentera yang dinanti-nantikan peminat dunia dua roda iaitu Suzuki GSX-250R akan mula merayau ke jalanan seluruh dunia bermula sejak Disember 2016 di China dan kali ini di Jepun dan Eropah pada 17 April 2017. Suzuki sekarang ini berusaha untuk memenangi hati pengguna jentera 250cc dengan rekaan yang menarik beserta teknologi yang mampu memberi prestasi…
KEMASKINI (12 Jan 2017): Jentera yang mungkin dilancarkan adalah Ego Solariz, bukan NVX155 ??? HLYM akan melancarkan jentera baru mereka untuk 2017 pada 15 Januari ini. Pada pengamatan kami, jentera ini mungkin jentera automatik dan sangat berkemungkinan jentera dalam gambar usikan ini adalah NVX155 / Aerox155? Apa pendapat anda? Sumber: Yamaha Events Malaysia FB Maklumat…