Crutchlow Berang HRC ‘Curi’ Tiga Krew LCR Honda, Enggan Pulang Balik

Cal Crutchlow mengakui kecewa dengan Honda yang menolak permintaannya untuk mengembalikan tiga krew HRC yang sebelum ini bersamanya di LCR Honda. Ketiga-tiga jurutera terbabit meninggalkan garaj LCR hujung 2018 bagi membantu Jorge Lorenzo musim ini. Tindakan tersebut mendapat tentangan daripada Crutchlow dan ketua krew, Christophe Bourguinon pada tahun sama. Bagaimanapun, Crutchlow berasakan HRC seharusnya memulangkan…

Kesalahan Tiada Lesen Memandu, JPJ Keluarkan 275,544 Saman Bagi 2019

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mendedahkan sejumlah 275,554 saman telah dikeluarkan terhadap pemandu dan penunggang ekoran ketiadaan lesen memandu bagi tahun 2019. Ketua Pengarah Perancangan Dan Operasi JPJ, Zamakhshari Hanipa menjelaskan kesalahan tiada lesen memandu sah dan lesen tamat tempoh masih lagi kekal sebagai punca saman tertinggi dikeluarkan JPJ. Menurut laporan Berita Harian, sejumlah 143,869 saman…

Honda Super Cub Diangkat Ke Dunia ‘Anime’

Tahun 2018 merupakan tarikh penting buat Honda apabila mereka meraikan ulang tahun ke-60 bagi Super Cub dengan model pertama lahir 10 tahun selepas syarikat tersebut ditubuhkan. Membuat penampilan sulung pada 1958 sebelum dilancarkan di Amerika Syarikat, model popular itu kemudiannya mencetuskan budaya pop tersendiri. Tahun lalu, Honda turut berkolaborasi dengan artis manga terkenal, Hisashi Eguchi…

EH216 Tiada Kelulusan Jalani Ujian Penerbangan

  Kereta terbang pertama negara, EH216, yang dijadualkan untuk menjalani ujian penerbangan pertama hari ini terpaksa dibatalkan susulan tidak mendapat kelulusan Penerbangan Awam Malaysia (CAAM). CAAM dalam satu kenyataan semalam memaklumkan bahawa tapak ujian di Hangar UNIKL MIAT Subang berada kurang 200 meter dari laluan penerbangan dan helikopter komersil. Pada masa sama, CAAM turut sedang…

Berang Dengan Pemandu Mabuk, Rakyat Malaysia Lancar Petisyen Haramkan Arak

Memandu dalam keadaan mabuk merupakan senario yang membahayakan bagi setiap pengguna jalan raya. Bagaimanapun, saban tahun kes kemalangan melibatkan pemandu mabuk dan khayal sering kali berlaku dan baru-baru ini seorang petugas bank – yang baru saja menyambut hari lahir – meninggal dunia susulan dilanggar pemandu mabuk. Tidak hairanlah rata-rata rakyat Malaysia menggesa agar peraturan dan…

Ini Cara Untuk ‘Ajar’ Pemandu Yang Suka Buang Sampah Keluar Kereta

Meskipun Malaysia menghampiri tahun 2020 namun terdapat segelintir daripada kita yang masih mengekalkan mentaliti kelas ketiga. Antara sikap yang sukar ditangani adalah tindakan membuang sampah ke luar kereta sekaligus membuatkan jalan raya di Malaysia dipenuhi sampah sarap. Baru-baru ini pengguna Facebook Azham Aizad berkongsi rakaman video dashcam yang memaparkan penumpang sebuah kereta hitam bertindak membuang…

Tiada Saman Untuk Enam Bulan Pertama Bagi Yang Tiada Kerusi Kanak-Kanak

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, telah mengarahkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk tidak mengenakan tindakan saman terhadap ibu bapa yang gagal mematuhi arahan penggunaan kerusi kanak-kanak untuk tempoh enam bulan pertama. Menurut laporan The Star, pemandu hanya akan diberikan amaran dan peringatan untuk memasang kerusi kanak-kanak terbabit. Isu penggunaan kerusi kanak-kanak menjadi hangat apabila Kementerian Pengangkutan…

Bajaj Kongsi Platform Dengan KTM, Bangunkan Jentera Elektrik Bersama

Bajaj mencuri tumpuan apabila mengesahkan kerjasama dengan Triumph bagi menghasilkan jentera segmen kecil dan sederhana namun kali ini pengeluar motosikal India itu bakal meneruskan kesinambungan tersebut dengan anak syarikat, KTM bagi menghasilkan motosikal elektrik. Difahamkan, KTM akan mengguna pakai asas motosikal eletrik yang terdapat pada Bajaj Chetak bagi menghasilkan jentera mereka sendiri. Ketika ini KTM…