Honda Malaysia Buka Tempahan CR-V Baharu – Kini Dengan Honda Sensing

Honda Malaysia membuka tempahan bagi CR-V baharu di semua 101 pusat pengedar Honda seluruh negara. Honda CR-V merupakan antara SUV paling popular di Malaysia dengan lebih 36,000 unit telah pun terjual sejak 2017. Dikuasakan dengan enjin 1.5L VTEC Turbocharged, CR-V baharu ini menawarkan 193hp dan 243Nm. Bagaimanapun, ciri penting yang terdapat pada model ini adalah…

Suzuki Dedah Gixxer Akan Mendarat Di Malaysia

Suzuki Malaysia mendedahkan akan membawa masuk model Gixxer bagi pasaran Malaysia. Perkara itu disahkan menenerusi perkongsian terbaru di Facebook Suzuki Malaysia, semalam. Suzuki Gixxer didatangkan dalam dua versi, fairing dan naked dengan dua sesaran enjin ditawarkan, 150cc dan 250cc. Bagaimanapun, dijangkakan Suzuki Malaysia akan memfokuskan pada versi naked menerusi varian 150cc dan 250cc. Gixxer 150…

Harga Belum Umum, Proton Sahkan Terima 20,000 Unit Tempahan X50

Proton mengesahkan telah menerima lebih 20,000 unit tempahan Proton X50 meskipun harga rasmi model itu masih belum diumumkan. Perkara itu disahkan sendiri Pegawai Eksekutif Proton EDAR, Roslan Abdullah. ““Pihak Proton ingin berterima kasih kepada para pelanggan yang menunjukkan minat yang amat tinggi kepada Proton X50. Kami di Proton akan memberi tumpuan kepada proses pengeluaran untuk…

Gambaran Lebih Jelas Honda Forza 750 Ditayangkan!

Akhirnya rupa bentuk Honda Forza 750 didedahkan menerusi video ‘teaser’ ketiga dikongsikan. Ketika Honda memuat naik video teaser pertama, hanya slogan ‘Forza family is getting bigger’ bagi memberi bayangan bahawa skuter maxi itu akan mendapat suntikan enjin lebih besar dipercayai nadi sama yang terdapat pada X-ADV dan NC750. Kemudian, ‘teaser’ kedua memaparkan beberapa ciri yang…

Minyak Sintetik Penuh EMOS 7000E Penuhi Keperluan Motosikal MODENAS!

Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) memperkenalkan siri minyak enjin sintetik penuh menerusi EMOS 7000E SAE 10W-50. EMOS 7000E merupakan minyak enjin khas yang diformulasikan untuk motosikal jenis ‘street bike’ dengan campuran bahan tambahan premium dan minyak asas Polyalphaolefins (PAO) dan Ester berkualiti tinggi. Menurut MODENAS, minyak dengan standard API SN dan JASO MA2…

Perbaharui Lesen Dan Cukai Jalan Motosikal Di MyEG!

MyEG memperluaskan servis yang ditawarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dengan pembaharuan cukai jalan motosikal dan Lesen Memandu Kompeten (CDL). Dijadualkan akan beroperasi di portal MyEG pada 9 Oktober dan 16 Oktober ini, perkhidmata baharu ini akan ditawarkan seiring dengan servis sedia ada MyEG. Servis pembaharuan cukai jalan motosikal dan CDL secara atas talian ini dijangka…

“Bila Saya Dapat Tahu KIP Tak Sertai Latihan MX, Memang Lah Saya Angin!”

Demikian komen prinsipal pasukan Petronas Sepang Racing Team (SRT) dan Petronas Sprinta Racing, Datuk Razlan Razali yang mempersoalkan ketiadaan Khairul Idham Pawi sewaktu sesi latihan di litar motorcross. Dalam perkongsian di Facebook semalam, Razlan seolah-olah bertanyakan di mana perginya Khairul Idham tatkala Fabio Quartararo, Xavi Vierge dan John McPhee sedang giat menjalani latihan. Pada masa…

Larangan Rentas Daerah Di Sabah Berkuatkuasa 3 Oktober Ini

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan larangan rentas negeri bermula 3 Oktober ini. Keputusan tersebut dibuat selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri bagi mengekang penularan wabak Covid-19 yang setakat ini turut mencetuskan penularan baharu di Semenanjung. Larangan rentas daerah tersebut akan berkuatkuasa sehingga 16 Oktober depan. “Sepanjang tempoh ini, mereka yang dikuarantin dan…

Mana KIP? – Razlan Razali

Prinsipal pasukan Petronas Sepang Racing Team (SRT), Datuk Razlan Razali dalam perkongsian terbaru di Facebook mencetuskan pelbagai tanda tanya. Menerusi status terbaru, Razlan memuat naik gambar pelumba, Fabio Quartararo, Xavi Vierge dan John McPhee yang sedang menjalani latihan motorcross. Bagaimanapun, berdasarkan kapsyen tersebut, jelas dia mempersoalkan ketiadaan pelumba Petronas Sprinta, Khairul Idham Pawi (KIP). Sementara…