Aktiviti Rentas Negeri Cetus 14 Kluster Baharu Covid-19

Dalam perkembangan terkini, Malaysia telah merekodkan 14 kluster Covid-19 baharu susulan daripada akviti rentas negeri sejak 7 Disember. Perkara itu disahkan sendiri Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah yang mendedahkan kluster Intan, Semambu dan Tembok Mempaga di Pahang, kluster Seragam Chepa di Kelantan dan kluster Ihsan Ebol di Perak berpunca daripada aktiviti rentas negeri…

Tempahan Toyota Innova 2021 Dibuka – Dari RM111,622

UMW Toyota Motor Sdn Bhd telah membuka tempahan bagi Toyota Innova 2021 dengan pelbagai kemas kini dan ciri keselamatan baharu ditawarkan. Tiga varian berikut ditawarkan: Toyota Innova 2.0X – RM129,677 Toyota Innova 2.0G – RM121,483 Toyota Innova 2.0E – RM111,622 Kekal dengan elemen ‘crossover’, model 2021 ini datang dengan rekaan depan baharu yang tampil lebih…

Bajaj Auto Pengeluar Motosikal Paling Bernilai Di Dunia Dengan RM52.4 Bilion

Pengeluar motosikal India, Bajaj Auto telah dinamakan sebagai pengeluar motosikal paling bernilai di dunia dengan nilai lebih USD13.6 bilion (RM52.4 bilion). Perkara itu didedahkan Pengarah Urusan Bajaj Auto, Rajiv Bajaj dalam satu kenyataan. “Fokus syarikat dalam pasaran motosikal di samping komitmen terhadap strategi pelbagai telah menjadikan Bajaj sebagai pengeluar motosikal paling bernilai di dunia,” jelasnya….

“Tutup Laluan Motosikal Dihujung Minggu Untuk Kegunaan Penunggang Basikal”

Demikian cadangan yang disuarakan Pengasas Komuniti Plan A Bukit Jelutong, Faz Adhili, dalam usaha memastikan keselamatan penunggang basikal terjamin. Faz meminta agar laluan motosikal di lebuhraya utama membabitkan Lebuhraya Persekutuan, Kesas dan Guthrie ditutup setiap hujung minggu bagi membenarkan penunggang basikal beriadah dengan selamat. “Ini kerana pada hari minggu aliran trafik di laluan motosikal terutamanya…

‘Super Moped’ Benelli RFS 2021 Hampiri Pelancaran, Enjin Lebih Besar?

Benelli telah berkongsi imej ‘teaser’ yang memaparkan apa yang kelihatan seperti lampu hadapan sebuah motosikal moped untuk pasaran tempatan. Bagaimanapun, terdapat dakwaan Benelli akan menaik taraf RFS150i kepada enjin yang lebih besar, 180cc sekaligus akan dinamakan sebagai RFS180i. Berdasarkan perkongsian itu, Benelli akan melancarkan motosikal tersebut pada Suku Pertama tahun ini. Jika diikutkan, Benelli akan…

Warga Emas Maut Kemalangan Motosikal Selepas Terlanggar Lubang

Seorang warga emas maut selepas terjatuh dari motosikal ekoran terlanggar lubang di Jalan Tengah menuju ke Jalan Syed Putra, semalam. Mangsa, Ho Yan Fee, 75 tahun sedang menunggang motosikalnya dari arah Jalan Connaught menghala ke Mid Valley. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya mendedahkan mangsa terbabas selepas terlanggar…

Proton Jual 109,716 Unit Kereta Pada 2020, Saga Dan Persona Paling Popular!

Proton berjaya mengatasi penjualan pada 2019 dengan lebih 109,716 unit direkodkan bagi tahun 2020. Angka itu menyaksikan Proton mencatat peningkatan jualan lebih 8 peratus (daripada 100,821 unit terjual pada 2019) meskipun pengeluaran kenderaan dihentikan selama dua bulan susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Model yang menggerakkan penjualan bagi tahun 2020 adalah Persona, Iriz, Exora dan Saga…

Gagal Pasang Brek, Lampu Dan Loceng, Penunggang Basikal Di Putrajaya Bakal Dikenakan Tindakan

Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya akan mula mengenakan tindakan undang-undang terhadap penunggang basikal yang gagal mematuhi peraturan jalan raya di sekitar Putrajaya, bermula 9 Januari ini. Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Mohd Fadzil Ali dalam satu kenyataan mendedahkan tindakan tersebut akan diambil pasukannya mengikut peruntukan Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959. Menurut Mohd Fadzil, basikal…

Moto2: Tetsuta Nagashima Umum Henti Berlumba Musim 2021

Tetsuta Nagashima tidak akan terlibat dengan Kejuaraan Dunia Moto2 musim 2021. Pelumba Red Bull KTM Ajo itu yang melakar kemenangan di pusingan pertama Litar Losail, Qatar, mengumumkan keputusan itu menerusi akaun Instagram @tetsutanagashima. View this post on Instagram A post shared by 長島 哲太 Tetsuta Nagashima (@tetsutanagashima) Meskipun menang di Qatar dan merekodkan tempat kedua…