Razlan Tolak Pendapat “Duduk Di Belakang Pun Tak Apa” Asalkan Pelumba Tempatan

Prinsipal pasukan Petronas Sepang Racing Team (SRT), Datuk Razlan Razali sedar peminat sukan permotoran tempatan mahu pasukan itu diwakili oleh pelumba negara. Rata-rata berasakan Petronas SRT yang sentiasa menguar-uarkan usaha membangunkan bakat tempatan seharusnya mempunyai wakil negara di MotoGP. Bagaimanapun, menurut Razlan pembangunan bakat muda perlukan masa dan kesabaran. “Kami sentiasa membangunkan pelumba muda negara…

11,873 Unit Terjual Pada Februari Bantu Proton Rekod Pegangan Pasaran Tertinggi

Susulan kejayaan menjual 11,873 unit kenderaan pada Februari lalu, Proton merekodkan pegangan pasaran sebanyak 27.1 peratus. Pegangan pasaran itu merupakan yang tertinggi pernah direkodkan sejak 2013 manakala penjualan 11,873 unit merupakan paling tinggi bagi bulan Februari dalam tempoh 10 tahun. Penjualan pada Februari juga naik lebih dua kali ganda berbanding 5,964 unit yang dijual pada…

Perluas Ops Ubah Suai Ekzos Ke Kawasan Perumahan, JSPT Gesa Kembali Guna Ekzos Standard

Susulan menerima banyak aduan daripada orang ramai, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) akan turut memperluaskan Ops Ubah Suai Ekzos ke kawasan perumahan. Perkara itu disahkan Ketua Jabatan JSPT Selangor, Superintendan Azman Shariat, yang menjelaskan operasi tersebut akan turut diberikan tumpuan di kawasan perumahan termasuk apartment dan flat. Azman turut menggesa pemilik motosikal dan kereta…

MotoGP: Morbidelli Pelumba Utama Petronas SRT – Razlan Razali

Demikian kenyataan dibuat prinsipal pasukan Petronas Sepang Racing Team (SRT), Datuk Razlan Razali dalam temu bual bersama media tempatan, hari ini. Menurut Razlan meskipun pasukan itu tidak melabelkan siapa pelumba utama dan kedua dalam pasukan namun dia meletakkan Morbidelli sebagai tunjang utama dalam merebut kejuaraan MotoGP musim 2021. “Secara peribadi, saya berasakan Franky (Morbidelli) adalah…

CFMOTO 700CL-X Masuk Malaysia Hujung Tahun Ini – RM3X,XXX?

CFMOTO 700CL-X telah pun dilancarkan secara global pada Julai tahun lalu secara strim langsung. Motosikal ini merupakan antara tawaran terbaru CFMOTO hasil kerjasama dengan pengeluar motosikal Austria, KTM. Jentera berkonsepkan scrambler dan cafe-racer ini menggabungkan elemen klasik dan moden hasil rekaan Kiska, syarikat pereka yang turut bertanggungjawab mereka bberapa jentera KTM dan Husqvarna. Dalam perkembangan…

Pusingan Pertama Toyota Gazoo Racing Musim Ke-4 Buka Tirai 27 Mac Ini

Sukan permotoran negara kembali dihangatkan dengan Toyota Gazoo Racing Festival (Musim 4) di Litar Antarabangsa Sepang pada 27 hingga 28 Mac ini. Bagaimanapun, aksi Vios Challenge akan dijalankan secara tertutup dengan peminat boleh menyaksikan perlumbaan menerusi strim langsung bagi kedua-dua hari. Pada masa sama, penganjuran akan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ketat serta acara akan…

Larangan Rentas Negeri Kekal Hingga 80 Peratus Rakyat Divaksin

Kerajaan akan mempertimbangkan kebenaran merentas negeri selepas 80 peratus rakyat telah divaksin. Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah susulan bermulanya Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan. Bercakap kepada media tempatan menerusi strim video, Tan Sri Noor Hisham juga menjangkakan negara memerlukan enam hingga sembilan bulan bagi mencapai imuniti kelompok (herd imunity). “Sepanjang…

Geng Azahar Tumpas, Aktif Curi EX5, 135LC Jual Ke Warga Asing

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan 14 lelaki yang dipercayai ahli geng “Azahar” yang bergiat aktif dalam mencuri motosikal sekitar Lembah Klang. Kesemua suspek berusia lingkungan 16 hingga 41 tahun. Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Supt Shafa’aton Abu Bakar yang turut mendedahkan seorang lelaki warga Indonesia yang dipercayai pembeli turut ditahan. Dalam…

SPYSHOT: Pulsar 250 Dikesan Jalani Ujian Jalan Raya

Pengeluar motosikal India, Bajaj Auto, telah memulakan ujian jalan raya bagi generasi baharu Pulsar 250. Daripada gambar spyshot yang dikongsikan, jelas menunjukkan Pulsar 250 didatangkan dengan rekaan serba baharu. Gambar tersebut turut memberi bayangan bahawa Pulsar 250 tampak lebih besar berbanding varian 200cc dibantu dengan kerangka serta enjin baharu yang terdapat pada Dominar 250. Enjin…