Akrapovic Lancar Ekzos Racing Line Baharu Untuk Yamaha Tracer 9 GT – RM6.2k

Belum sempat Yamaha Tracer 9 GT 2021 mendarat di Malaysia, Akrapovic telah pun melancarkan ekzos ‘full-system’ baharu untuk model tersebut. Menurut Akrapovic, ekzos Racing Line jenis titanium dengan muncung gentian karbon itu mampu meningkatkan prestasi enjin serta menurunkan berat keseluruhan jentera. Sistem ekzos ini juga didatangkan dengan catalyticc converter terbina sekaligus dibenarkan untuk pasaran Eropah….

Honda Patenkan Teknologi Pandu Sendiri Motosikal Bagi Kurangkan Risiko Kemalangan

Honda sentiasa di depan dengan pelbagai teknologi canggih antaranya memperkenalkan teknologi Rider Assist dan Rider Assist E Concept yang membolehkan motosikal bergerak dan mengimbang dengan sendirinya. Dalam perkembangan terbaru, pengeluar motosikal Jepun itu telah pun memfailkan paten baharu yang merujuk kepada teknologi pandu sendiri (self-steering). Teknologi tersebut merupakan usaha terbaru Honda dalam meningkatkan tahap keselamatan…

Proton Saga 1.5GL Black Knight 1989 Ini Menang Anugerah ‘Concours de l’Ordinaire’ Di UK

Sebuah Proton Saga berusia 32 tahun telah berjaya merangkul anugerah ‘Concours de l’Ordinair’di Festival Hagerty UK 2021. Festival tersebut menyaksikan lebih 50 kereta klasik merebut anugerah kereta paling ‘biasa’ yang berlangsung di Grimsthorpe Castle terletak di Lincolnshire. Menariknya, anugerah itu berjaya dimenangi sebuah Proton Saga 1.5GL Black Knight Edition milik Jon Coupland yang merupakan seorang…

KTM RC 390 Baharu Didedahkan Lebih Awal Menjelang Pelancaran Rasmi

Rupa jelas KTM RC 390 didedahkan lebih awal menjelang pelancaran rasmi motosikal itu yang akan berlangsung tidak lama lagi. Berdasarkan imej yang dikongsikan, beberapa kemaskini telah dilaksanakan bagi memastikan RC 390 kekal relevan untuk beberapa tahun akan datang. Antara perbezaan ketara adalah bahagian lampu depan yang kini menempatkan unit lampu tunggal dan dipadankan bersama lampu…

Arai Lancar Helmet Edisi Khas Sempena Hari Jadi Mendiang Nicky Hayden

Pengeluar helmet Jepun, Arai, telah pun melancarkan helmet Corsair-X dengan grafik khas ‘Nicky Reset’ sempena hari lahir mendiang Nicky Hayden. Mendiang Hayden telah pun mencapai usia 40 tahun pada 30 Julai lalu sekiranya beliau masih ada hari ini. Namun, bagi memastikan legasi “Kentucky Kid” kekal dalam ingatan, Arai melancarkan helmet Corsair-X dengan rekaan dan grafik…

F1: Hamilton Akui Masih Alami Kesan Sampingan Covid-19

Pemandu Mercedes, Lewis Hamilton, kembali menerajui kejuaraan dunia Formula 1 selepas menamatkan GP Hungary di tempat kedua. Bagaimanapun, dia tampak kelesuan sewaktu acara penyerahan trofi di podium dan tidak menghadiri sesi sidang media selepas itu kerana berjumpa doktor. “Saya berasa sedikit pening dan semuanya kelihatan kabur ketika di podium. “Saya bergelut sepanjang tahun selepas apa…

Aprilia Tuareg 660 2022 Didedahkan – 80HP, 70Nm!

Aprilia akhirnya melaungkan misi kembali dalam segmen ‘ADV’ menerusi Tuareg 660. Pengeluar motosikal Itali itu akhirnya mendedahkan Tuareg 660 setelah menayangkan ‘teaser’ sulung sewaktu di EICMA 2019. Berdasarkan video berdurasi 1 minit 02 saat yang dimuat naik ke YouTube baru-baru ini, pelbagai maklumat dan spesifikasi penting mengenai motosikal ADV itu ditayangkan. Seperti laporan sebelum ini,…

Laporan ‘Spy Shot’ Didakwa Sebagai R15 V4 Sebenarnya R3/R25 Baharu?

Baru-baru ini, tular rakaman video dan imej yang didakwa sebagai Yamaha R15 V4 sedang giat jalani ujian di India. Bagaimanapun, berdasarkan perkembangan terbaru, difahamkan model tersebut mungkin bukan merujuk pada R15 sebaliknya model yang lebih besar R25 atau R3. Menurut laporan di India, motosikal tersebut dilihat sebagai terlalu besar bagi sebuah R15 malah panel depan…

SPY SHOT: KTM 990 Duke Dikesan Jalani Ujian Jalan Raya

KTM akan terus memperkembangkan barisan model DUKE sedia ada dengan versi 990 setelah jentera itu dikesan jalani ujian jalan raya di Eropah. Meskipun laporan antarabangsa mendakwa 990 DUKE ini adalah serba baharu namun melihat kepada imej dikongsikan ternyata terdapat elemen yang dikekalkan dari 890 DUKE. Antaranya rekaan lampu LED depan dan beberapa bahagian panel yang…