Bantuan Tepi Jalan Percuma Untuk Motosikal Bawah 250cc – Allianz Malaysia

Perkhidmatan bantuan tepi jalan Allianz kini ditawarkan secara percuma bagi pemegang polisi bantuan motosikal komprehensif bawah 250cc. Bantuan tepi jalan (Allianz Roadside Assistance) merangkumi servis seperti berikut: bantuan tunda motosikal (percuma hingga 50km) penghantaran minyak petrol bateri perkhidmatan tayar pancit Pelanggan Allianz Motorcycle Plus (Komprehensif) atau Allianz Motorcycle (Komprehensif) (bawah 250cc) kini boleh mendapatkan perkhidmatan…

Remaja 17 Tahun Curi Yamaha YZF-R15 Selepas Belajar Dari YouTube

Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun bersama seorang rakan berusia 19 tahun telah dihadapkan di mahkamah Singapura selepas didapati bersalah terlibat dalam kecurian motosikal. Difahamkan remaja tersebut (yang tidak dinamakan kerana masih bawah umur) telah belajar teknik menghidupkan motosikal secara ‘hotwire’ menerusi video di YouTube. Menurut laporan, tertuduh dengan rakannya telah bertindak mencuri motosikal jenis…

MotoGP: Valentino Rossi Umum Bersara

Desas-desus mengenai masa depan Valentino Rossi di pentas MotoGP akhirnya terjawab apabila mengesahkan tidak akan meneruskan kariernya di perlumbaan dua roda bermula musim depan. Ini bermakna, Petronas Sepang Racing Team (SRT) merupakan destinasi terakhirnya di kelas premier selepas lebih 30 tahun beraksi di MotoGP. Rossi mengumumkan persaraannya sewaktu sesi sidang media yang berlangsung sebentar tadi…

Wmoto Xtreme Versi 250cc Bakal Mendarat Di Malaysia Tahun Depan

Selepas kejayaan pelancaran Xtreme 150i bulan lalu, Wmoto bakal memperkenalkan versi 250cc tahun depan. Berdasarkan kenyataan terbaru, pengedar rasmi Wmoto, MForce Bike Holdings, telah pun merancang barisan model baharu untuk lima tahun akan datang, antaranya Wmoto Xtreme 250. Difahamkan, skuter ‘adventure’ 250cc itu sedang menjalani ujian ketahanan bagi mendapatkan VTA dari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)…

Proton Akhirnya Lancar Iriz Dan Persona 2022 – Dari RM40,300

Proton dengan rasminya melancarkan Iriz dan Persona baharu yang tampil dengan beberapa naik taraf bagi 2022. Kemaskini itu menyaksikan gril ‘Infinited Weave’ dan ‘Ethereal Bow’ diperkenalkan berasama reka bentuk bampar baharu. Antara ciri lain yang turut dibawa pada kedua-dua model ini adalah penggunaan lampu LED automatik, rim 16″ dan bumbung serba hitam. Proton Iriz kini…

Semua Lesen Dan Cukai Jalan Perlu Diperbaharui Sebelum 30 September – JPJ

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memaklumkan bahawa setiap pengguna jalan raya perlu memperbaharui lesen kenderaan tamat tempoh sebelum 30 September. Lesen yang dimaksudkan membabitkan Lesen Memandu Kompeten (CDL), Lesen Kenderaan Motor (cukai jalan), Lesen Vokasional (GDL) dan PSV. Menurut JPJ, ini kerana tempoh moratorium atau lanjutan bagi pembaharuan lesen akan berakhir pada 30 September ini. “Pemeriksaan…

Vespa 50 Special Ini Ditemui Semula 41 Tahun Selepas Dicuri

Sebuah Vespa 50 Special telah berjaya ditemui semula setelah lebih 41 tahun dilarikan pencuri di Itali. Menurut laporan, polis Iltai telah melakukan serbuan terhadap sebuah garaj baru-baru ini bagi menyiasat kecurian traktor. Bagaimanapun, ketika berjaya menemukan traktor tersebut yang ditutup dengan kain tarp, sebuah Vespa 50 Special yang berada dalam keadaan baik turut ditemui. Selepas…

MUFC Rancang Hasilkan Motosikal Edisi Khas, Umum Kolaborasi Dengan Pengeluar Dalam Masa Terdekat

Melaka United Football Club (MUFC) akan menghasilkan motosikal edisi khas dengan kerjasama Geng Tayar Besar (GTB). Perkara itu disahkan Ketua Pegawai Eksekutif MUFC, Datuk Seri Justin Lim yang mendedahkan perancangan telah pun memasuki peringkat akhir. Menurut Justin, motosikal edisi khas terbabit akan menampilkan warna kelab dengan lakaran eksklusif yang diinspirasikan dari Hang Tuah. Bagi menjayakan…

MV Agusta Brutale 1000 RS Bakal Diperkenalkan – Varian Lebih ‘Jinak’ Berbanding RR

MV Agusta Brutale 1000 RR merupakan salah satu motosikal dengan rekaan paling ekstrim paling dihasilkan apatah lagi menawarkan kuasa lebih 200hp hasil penggunaan enjin dari model F4. Ditambah dengan harga yang agak tinggi, sekitar RM170k bagi Brutale RR, tak hairan model ini sukar untuk menjadi pilihan utama pembeli dengan pelbagai model lain ditawarkan dalam segmennya….