RASMI: Vinales Uji Aprilia RS-GP Di Misano Hujung Bulan Ini

Aprilia telah pun mengesahkan bahawa bekas pelumba Yamaha, Maverick Vinales, akan membuat penampilan sulung bersama pasukan itu hujung bulan ini di Misano. Vinales akan menunggang jentera RS-GP Aprilia dalam sesi ujian dua hari yang akan berlangsung pada 31 Ogos dan 1 September ini. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Aprilia, Massimo Rivola dalam satu kenyataan berkata, “Dari…

SPY SHOT: Triumph Tiger Sport 660 Didedahkan Tanpa Perlindungan ‘Camo’

Kurang 48 jam selepas Triumph Motorcycles mengumumkan prototaip Tiger Sport 660 yang dilitupi grafik ‘camo’ bagi menyorok ciri sebenar motosikal tersebut, terdapat pihak yang berjaya mendapatkan imej jelas model itu. MotorBeam memaparkan Tiger Sport 660 itu tampil dengan warna serba merah dan jelas menampakkan elemen generasi Tiger Sport sebelumnya. Melihat kepada foto yang dikongsikan, selain…

Harley-Davidson Petaling Jaya Dan Pulau Pinang Rangkul Anugerah Suku Kedua Terbaik Bagi Pasaran Membangun Asia

Harley-Davidson Petaling Jaya berjaya merangkul anugerah Penjualan Terbaik buat kali kedua berturut-turut bagi pasaran membangun Asia. Penganugerahan ini membuktikan H-D Petaling Jaya menawarkan perkhidmatan selepas jualan paling terbaik kepada semua pemilik Harley-Davidson di Malaysia. Kejayaan ini merupakan kesinambungan dari meraih anugerah sama bagi suku pertama tahun ini. Bagi Pengerusi Goh Brother Group, Goh Kian Sin,…

SPY SHOT: Yamaha R15M Didedahkan Di India

Yamaha Motor India disahkan bakal memperkenalkan Yamaha R15 baharu berdasarkan dokumen kelulusan yang difailkan di negara itu. Berdasarkan info yang terdapat pada dokumen tersebut, jelas Yamaha akan melancarkan dua varian R15 baharu, versi standard dan R15M. Dokumen tersebut sekaligus mengesahkan foto ‘spy shot’ yang berlegar sebelum ini merujuk kepada model R15 baharu. Menariknya, R15 baharu…

RASMI: Suzuki Malaysia Kembali – Tawar 6 Model CBU, Model Bawah 250cc Diumum Kemudian

Setelah lebih setahun sejak Suzuki Assemblers Malaysia mengumumkan penghentian operasi, jenama motosikal Jepun itu akhirnya kembali ke Malaysia menerusi pengendali baharu. Suzuki Malaysia Sdn Bhd (SMSB) disahkan sebagai pengimpot, pengedar dan pemasangan tunggal bagi semua motosikal Suzuki, ATV, alat ganti dan aksesori di Malaysia. Sebagai membuktikan komitmen yang lebih jitu, Suzuki Malaysia turut melancarkan enam…

Triumph Motorcycles Dedah Tiger Sport 660, Lancar Tahun Ini

Triumph Motorcycles telah membuat pengumuman mengejut apabila mendedahkan Tiger Sport 660, sebuah motosikal sports-tourer yang digerakan enjin sama yang terdapat pada Trident 660. Meskipun model tersebut dilitupi dengan grafik ‘camo’ bagi menyembunyikan ciri sebenar namun berdasarkan video dan foto dikongsikan, jelas Tiger Sport 660 ini dikuasakan enjin 3-silinder 660cc yang sama pada Trident 660. Lantas…

Yamaha MT-15 Edisi Monster Energy MotoGP Mendarat Di India

Yamaha Motor India telah pun melancarkan MT-15 Monster Energy MotoGP Edition untuk pasaran negara itu. Bagaimanapun, selain daripada grafik dan warna yang diilhamkan dari pasukan Monster Energy Yamaha MotoGP, model edisi khas ini kekal dengan ciri dan spesifikasi sama seperti varian standard. Grafik dan warna Monster Energy Yamaha boleh kelihatan di bahagian tangki, sisi panel…

Zulfahmi Tak Gemar Pelumba Ikut Trend Berlatih Dengan Basikal, Motocross

Pengurus Pasukan ZK Racing, Zulfahmi Khairuddin, lebih gemar jika setiap pelumba menggunakan masa latihan dengan motosikal berbanding aktiviti lain. Dia berkongsi pendapatnya ketika sesi Facebook Live di akaun Facebook miliknya. Bagi Zulfahmi, sebagai pelumba motosikal, sesi latihan seharusnya kekal dengan bermotosikal tapi sebaliknya ramai yang gemar berlatih mengikut trend antaranya berbasikal. “Latihan perlu berjalan mengikut…

Hafizh Pelumba Terbaik Yang Malaysia Ada Sekarang Ini – Zulfahmi

Pengurus pasukan ZK Racing, Zulfahmi Khairuddin sempat berkongsikan pendapatnya tentang pelumba tunggal negara dalam saingan Moto2, Hafizh Syahrin, menerusi Facebook Live, semalam. Hal ini kerana, Hafizh merupakan satu-satunya pelumba yang masih membawa nama negara di pentas permotoran tertinggi di dunia itu bersama pasukan NTS RW Racing. Bagaimanapun, Hafizh akan ditemani seorang lagi pelumba negara, Adam…