RASMI: Suzuki Belang 150, GSX-R150 Dan GSX-S150 Lancar Suku Pertama 2022

Persoalan peminat motosikal berkapasiti 150cc akhirnya terjawab apabila Suzuki Malaysia memaklumkan bahawa tiga model baharu, Belang 150, GSX-R150 dan GSX-S150 akan mendarat di Malaysia awal tahun depan. Perkara itu diumumkan pihak Suzuki Malaysia menerusi siaran strim langsung ketika memperkenalkan Hayabusa, V-Strom 1050XT dan GSX-S1000 yang juga akan dilancarkan lewat tahun ini. Menariknya, sewaktu tayangan strim…

Imej Jelas Honda Transalp 2022 Didedahkan

Selepas hampir setahun khabar angin mengenai Transalp 750 dibangkitkan, rupa lebih jelas motosikal itu akhirnya didedahkan. Majalah penerbitan Jepun, Young-Machine, sekali lagi berjaya mendapatkan imej jelas Transalp 2022 itu yang dijangka akan diperkenalkan kepada umum hujung tahun ini di EICMA 2021. Meskipun Honda mengunci mulut mengenai model baharu tersebut, namun itu tidak menghalang Young-Machine untuk…

Tanah Runtuh Di Jalan Simpang Pulai, Laluan Lencongan Dibina Minggu Depan

Kerajaan akan membina satu laluan lencongan di laluan FT185 Jalan Simpang Pulai ke Blue Valley, Cameron Highlands yang telah ditutup ekoran runtuhan jalanan. Perkara itu disahkan Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kinta, Ir Jeffryl Azniel Adzar yang memaklumkan pembinaan akan berjalan minggu depan selepas memastikan cerun berada dalam keadaan stabil. Bagaimanapun, tarikh pembukaan laluan…

Pesawah Dapat Motosikal Jadi Penerima Vaksin Ke-49,900

Seorang pesawah dari Padang Sanai, Kedah telah dihadiahkan sebuah motosikal selepas menjadi penerima vaksin yang ke-49,900 di daerah tersebut. Motosikal jenis Honda Wave itu turut diserahkan kepadanya oleh Ahli Parlimen Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid. Mohd Isham Md Isa, 44, akui terkejut dengan pemberian hadiah tersebut apatah lagi sedang bertungkus lumus mengumpul duit selama…

Aprilia Bakal Hidupkan Semula Caponord Dengan Enjin V4?

Aprilia sememangnya antara pengeluar yang sibuk memperkenalkan model serba baharu meskipun dunia terpalit dengan pandemik Covid-19. Bermula dengan RS660, pengeluar motosikal berpangkalan di Noale, Itali itu kemudiannya memperkenalkan Tuono 660 dan akan datang Tuareg 660 yang akan dilancarkan tak lama lagi dengan beberapa foto rasmi telah pun didedahkan. Perkongsian platform parallel-twin 660cc dengan ‘firing order…

MotoG: Bagnaia Kekang Asakan Quartararo Untuk Menang Di Misano

Francesco Bagnaia meneruskan kejayaan di GP Aragon minggu lalu untuk melakar kemenangan kedua berturut-turut di Misano, pada Ahad. Pelumba Ducati itu yang memulakan perlumbaan di petak pertama selepas melakar catatan masa terpantas, berjaya menjarakkan diri di Turn 1 seawal perlumbaan dimulakan. Bagnaia yang seakan kelihatan selesa didepan kemudiannya mula dikejar pendahulu kejuaraan, Fabio Quartararo ketika…

GP Misano: Bagnaia Sekali Lagi Terpantas, Miller Tekad Sekat Quartararo

Francesco Bagnaia sekali lagi muncul pelumba terpantas ketika sesi kelayakan di GP Misano sekaligus bakal bermula di petak pertama dalam perlumbaan pada Ahad. Bagnaia turut berjaya memecahkan rekod catatan masa terpantas kali untuk dua minggu berturut-turut setelah melakukannya di GP Aragon, minggu lalu. Jack Miller turut menghadirkan kegembiraan berganda buat Ducati apabila merekodkan masa kedua…

MotoGP: SRT Hidup Semula Sebagai RNF MotoGP Racing

Era baharu bermula bagi pasukan kendalian Datuk Razlan Razali setelah Sepang Racing Team (SRT) kini dijenamakan semula sebagai RNF MotoGP Racing. Penjenamaan semula ini turut menyaksikan RNF Racing menandatangani perjanjian lima tahun bersama IRTA bagi meneruskan cabaran selaku Independent Team di Kejuaraan Dunia FIM MotoGP. Meskipun membawa nama baharu, RNF Racing akan terus diterajui oleh…

Ducati Streetfighter V2 Dikesan Jalani Ujian Jalan Raya

Ducati didakwa akan memperkembangkan model Streetfighter dengan varian V2 yang bakal sertai varian V4 yang dilancarkan lewat 2019. Berbanding Streetfighter V4 yang menawarkan 208hp, varian V2 pula menyumbang 155hp hasil daripada enjin silinder berkembar 955cc Superquadro yang terdapat pada Panigale V2. Foto ‘spy shot’ yang dikongsikan turut memperkuatkan dakwaan mengenai Streetfighter V2 tersebut yang dilihat…