Moto Morini Masuk Pasaran Malaysia Menerusi MForce, X-Cape 650 Tersenarai

MForce Bike Holdings telah pun mengsahkan bakal menjadi pengedar eksklusif rasmi jenama Moto Morini di Malaysia. Bagi yang tidak mengikuti perkembangan semasa, Moto Morini merupakan jenama motosikal Itali yang dibangunkan Alfonso Morini di Bologna sekitar tahun 1937. Ketika ini terdapat beberapa buah motosikal berkuasa tinggi di bawah payung Moto Morini antaranya Corsaro ZT, Corsaro ZZ,…

RASMI: QJ Motor Sertai CFMoto Di Moto3 Musim 2022

Qianjiang Motorcycles bakal menjadi pengeluar motosikal China kedua untuk sertai Kejuaraan Dunia Moto3 bagi musim 2022. QJ Motor bakal merancakkan saingan Moto3 musim akan datang bersama-sama CFMoto yang telah pun mengesahkan penyertaan sebelum ini. Seperti CFMoto, QJ Motor juga akan bertanding dengan jentera KTM CR250GP yang telah dijenamakan semula. QJ Motor juga akan berganding bahu…

Pengecualian Duti Eksais Motosikal Bawah 150cc Tamat, HLYM Kemas Kini Senarai Harga

Susulan pengecualian duti eksais 100 peratus untuk motosikal pemasangan tempatan bawah 150cc telah pun berakhir pada 31 Disember 2021, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) mengemas kini senarai harga bagi beberapa model terlibat. Antara motosikal yang terlibat adalah Yamaha 135LC, Ego Avantiz, Ego Gear, NVX dan NMax. Menurut HLYM, harga bagi Yamaha 135LC SE meningkat kepada…

Kawasaki Ninja ZX-25R SE 2022 Lancar Di Vietnam, Malaysia Masih Sepi

Kawasaki Ninja ZX-25R SE 2022 telah pun dilancarkan di Vietnam dan tampil dengan dua pilihan warna baharu. Vietnam sertai Indonesia, Thailand dan Filipina yang menawarkan model suku liter empat silinder itu sejak diperkenalkan secara global pada Julai 2020. Bagaimanapun, setakat ini model itu masih lagi tidak muncul di pasaran Malaysia apatah lagi pengurusan Kawasaki telah…

SIC Tak Sambung Kontrak, Adam Norrodin Enggan Salahkan Sesiapa

Pelumba negara, Adam Norrodin, tidak akan terlibat dengan Kejuaraan CEV Moto2 Eropah bagi musim 2022 setelah kontraknya bersama Litar Antarabangsa Sepang (SIC) tidak disambung. Senario itu juga menyaksikan harapan Adam untuk sertai Kejuaraan Dunia MotoGP juga terkubur. Selain tidak disambung kontrak dengan SIC, Adam yang sebelum ini bersama pasukan Liqui Moly Intact SIC juga berdepan…

Ducati Multistrada V4 S Dinamakan Motosikal Terbaik Eropah Bagi 2021

Tahun 2021 menyaksikan pelbagai model baharu diperkenalkan untuk pasaran dunia. Eropah merupakan pasaran yang terdahulu menerima ketibaan model 2021 antaranya Triumph Trident 660, Aprilia Tuono 660, Suzuki Hayabusa 2021 dan Triumph Speed Triple 1200 RS. Pengeluar motosikal Itali, Ducati juga tidak terkecuali apabila melancarkan Multistrada V4, Monster 937 dan SuperSport 950 untuk pasaran dunia. Meskipun…

Triumph Tiger 1200 Masuk Malaysia Suku Kedua Tahun Ini

Triumph Tiger 1200 merupakan antara motosikal yang dinanti-nanti sejak dilancarkan secara global pada awal Disember tahun lalu. Ketika itu ramai yang tertanya-tanya bilakah model baharu tersebut akan tiba di Malaysia. Bagaimanapun, perkongsian terbaru oleh Triumph Motorcycles Malaysia mendedahkan bahawa Triumph Tiger 1200 itu akan tiba sekitar suku kedua tahun ini. Makluman itu bukanlah satu kejutan…

Harap Ada Pihak Ambil Alih Peranan Letak Pelumba Malaysia Di MotoGP – Razlan Razali

Pasukan Sepang Racing Team (SRT) secara rasmi mengucapkan selamat tinggal kepada MotoGP selepas enam musim. Bekas prinsipal SRT, Datuk Razlan Razali menyifatkan meskipun pengakhiran itu bukanlah sesuatu yang diingankannya namun semua pihak perlu menerima hakikat tersebut. Ketika SRT disahkan tidak lagi bertanding di MotoGP, rata-rata meluahkan rasa kecewa kerana senario itu menyukarkan lagi peluang untuk…