Ducati Catat Rekod Jualan Pada 2021, Multistrada V4 Laku Keras

Ducati menamatkan tahun 2021 dengan cemerlang apabila berjaya menyerahkan lebih 59,447 unit motosikal seluruh dunia. Angka itu menyaksikan jenama motosikal Itali tersebut merekodkan peningkatan lebih 24 peratus mengatasi jualan pada 2020 dan 2019. Menurut Ducati, kejayaan tersebut dicapai setelah pasaran Amerika Syarikat kembali menjadi peneraju dengan 9,007 unit terjual diikuti Itali (8,707 unit) dan Jerman…

Lelaki Ini Rompak Bank Dan Beli Kawasaki ZX-10R 2021 Keesokan Hari

Pada 7 Januari lalu, telah berlaku satu rompakan bank di bandar Hai Phong, Vietnam dengan sejumlah VND3.5 bilion (RM646 ribu) berjaya dilarikan. Bagaimanapun, perompak tersebut kemudiannya berjaya dicekup pihak polis dua hari kemudian selepas membuat satu pembelian dan menunjuk di media sosial. Polis telah mengenal pasti Nguyen Van Nam, 23 tahun, sebagai suspek rompakan tersebut….

Abang Viva Terima Hadiah Yamaha XJ6 Diversion

Rezeki semakin melimpah-ruah buat Abang Viva apabila telah menerima sebuah motosikal berkuasa tinggi atas jasanya membantu mangsa banjir baru-baru ini. Abang Viva atau nama sebenar, Azwan Omar, 30, telah menerima sebuah jentera jenis Yamaha XJ6 Diversion dan beberapa akesori lain seperti yang dimuat naik di laman Facebook ICITY Motorworld Sdn Bhd. Ketika dihubungi, kami dimaklumkan…

Italjet Dragster 125 Bakal Masuk Malaysia Tahun Ini?

Jenama motosikal Itali, Italjet, sebelum ini telah pun mengesahkan akan mula memasarkan model yang ternanti-nanti, Dragster 125 dan Dragster 200 bermula Disember 2021. Seperti dijanjinkan Italjet telah pun memulakan pemasaran kedua-dua varian tersebut untuk pasaran Eropah dan Asia. Bagaimanapun, dalam perkembangan terbaru, difahamkan pasaran Malaysia juga bakal menyambut ketibaan Italjet Dragster varian 125 tahun ini….

Tren Tak Berhenti Kecewakan 100 Pelajar, KTMB Gantung Tugas Pemandu

Seramai 100 pelajar sekolah tidak dapat hadir pada hari pertama penggal ketiga 2021/2022 selepas tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) tidak berhenti di Hentian Kuala Gris, Kelantan pada Ahad. KTMB dalam satu kenyataan memaklumkan telah menggantung tugas pemandu tren yang terlibat dalam kejadian tersebut. Menurut hasil siasatan oleh KTMB, mendapati tren Shuttle Timuran no.51 yang…

MotoGP: Vinales Akui Menyesal Sertai Yamaha

Musim 2021 MotoGP pastinya yang paling kucar kacir bagi karier Maverick Vinales. Bukan sahaja kontraknya bersama Yamaha ditamatkan serta-merta malah pasukan kendalian Lin Jarvis itu turut menuduh Vinales dengan sengaja cuba merosakkan jentera YZR-M1 ketika di GP Styria. Dalam pendedahan terbaru, Vinales mengakui kesilapan terbesarnya adalah meninggalkan Suzuki untuk sertai pasukan Yamaha pada 2017. “Saya…

Yamaha E01 Jalani Ujian Jalan Raya Di Jepun, Hampiri Pelancaran

Baru-baru ini telah pun dilaporkan bahawa Yamaha mengesahkan bakal melancarkan skuter elektrik E01 dan E02 tahun ini. Menguatkan lagi pendedahan itu, Yamaha telah pun mengadakan sesi ujian E01 bersama media di Jepun. Sesi ujian bersama media itu merupakan inisiatif Yamaha dalam mendapatkan maklum balas dari kalangan petugas media mengenai skuter elektrik tersebut. Meskipun jentera yang…

Prototaip CFMoto SR-C21 Mula Jalani Ujian – Enjin Parallel-Twin 450cc

CFMoto merupakan antara pengeluar yang paling mencuri tumpuan sewaktu pameran EICMA 2021 di Milan yang berlangsung November tahun lalu. Ini kerana jenama motosikal China itu memaparkan prototaip SR-C21 yang sekaligus menarik perhatian pengunjung. Prototaip SR-C21 itu tampil dengan beberapa komponen premium antaranya brek Brembo, sistem ekzos SC Project dan paparan skrin TFT. Pada masa sama,…

Dakar 2022: Pemandu Toyota GR Dikenakan Penalti 5 Jam, Langgar Dua Pelumba Motosikal

Bagi yang mengikuti perkembangan Rali Dakar 2022 yang sedang berlangsung ketika ini, pastinya nama pemandu Toyota Gazoo Racing, Giniel De Villiers antara mencuri tumpuan. Ini kerana De Villiers telah terlibat dalam dua insiden perlanggaran membabitkan dua pelumba motosikal dalam dua peringkat perlumbaan. Kemalangan bukan perkara baru mahupun mengejutkan di Rali Dakar namun apa yang membuatkan…