Kajian daripada Institut Neurosains dan Tingkah Laku Manusia di Universiti California Los Angeles (UCLA) mendapati penunggang motosikal berdepan tahap stres yang lebih rendah berbanding pemandu kereta. Kajian tersebut dijalankan pada awalnya untuk mengkaji sama ada penunggang motosikal menunggang dengan perasaan takut berdepan kecelakaan jalan raya. Bagaimanapun, eksperimen tersebut secara tidak langsung membuktikan penemuan yang sebaliknya….
Author: Amirul Azreen
Buell Motorcycles telah pun mendedahkan dua jentera baharu untuk pasaran global, SuperTouring 1190 dan DR Baja, baru-baru ini. Ketika DR Baja menampilkan rekaan konvensional bercirikan ‘dirt bike’, reka bentuk SuperTouring 1190 paling mencuri tumpuan. Ini kerana ketika gambar teaser yang ditayangkan setahun yang lalu membuatkan ramai berasa teruja, model sebenar yang dipamerkan secara rasmi di…
Wuyang Honda telah pun memperkenalkan CG125 edisi khas sempena sambutan ulang tahun ke-30 motosikal tersebut di pasaran China. Pertama kali diperkenalkan Honda Jepun pada 1976, CG125 bingkas menjadi pilihan pengguna untuk kegunaan harian. Ekoran pembinaan yang kukuh dan tahan lasak, Honda CG125 cukup popular dikalangan orang ramai yang mahukan jentera yang praktikal dan sesuai digunakan…
Juara Petronas Malaysian Cub Prix kategori CP150, Azroy Hakeem Anuar akan kembali bagi musim 2022 dengan misi mempertahankan kejuaraan dimenanginya musim lalu. Bagaimanapun, musim baharu yang akan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) hujung minggu ini menyaksikan Azroy akan turut bertemankan jentera baharu, Honda RSX 2021. Pelumba pasukan Honda Yuzy Idemitsu itu akan menggunakan Honda…
Remy Gardner menyifatkan aksi pelumba WithU Yamaha RNF Racing, Darryn Binder sewaktu pusingan pertama di Litar Lusai, Qatar sebagai membahayakan. Seperti Binder, Gardner juga membuat penampilan sulung di kelas premier musim ini bersama Tech3 KTM. Meskipun berjaya mengutip satu mata selepas menamatkan aksi di kedudukan ke-15, pelumba KTM itu berasakan dia mampu mencapai posisi yang…
Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) dengan rasminya melancarkan model moped terbaru, Yamaha 135LC EFi 2022. Bagi tahun 2022, 135LC ini menerima kemas kini yang besar bermula dengan bahagian enjin yang kini dihidupakan dengan platform silinder tunggal 135cc SOCH dengan penyejukan cecair yang menjana 12.5hp pada 8,000rpm dan 12.2Nm pada 6,000rpm. Kuasa enjin kemudiannya disalurkan kepada…
Pakatan Harapan (PH) telah menawarkan bayaran deposit 10 peratus pembelian motosikal baharu bagi golongan B40 di Johor. Usaha itu merupakan antara inisiatif untuk memikat pengundi di samping membantu golongan B40 sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang akan berlangsung di negeri itu pada 12 Mac ini. Namun, antara syarat dikenakan hanya individu B40 yang mahu…
Suzuki Malaysia bakal melancarkan GSX-R150, GSX-S150 dan Raider R150 Fi pada 10 Mac ini. Perkara itu diumumkan menerusi akaun media sosial Suzuki Malaysia. Pelancaran pada Khamis itu sekaligus menyaksikan tiga model 150cc itu kembali diperkenalkan untuk pasaran tempatan yang sebelum ini hanya disajikan dengan model berkuasa tinggi. Sebelum ini, Suzuki Malaysia memuat naik teaser bagi…
Dua penunggang motosikal disahkan meninggal dunia selepas dirempuh sebuah lori dalam kejadian yang berlaku di Kilometer 92.8 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) Arah Selatan, petang tadi. Menurut laporan, kejadian tersebut berlaku sekitar jam 3.30 petang ketika semua mangsa sedang berteduh bawah jambatan ekoran hujan lebat. Bagaimanapun, mangsa kemudiannya dirempuh lori yang dikatakan hilang kawalan ekoran kerosakan….