RASMI: Empat Model CBU Kawasaki Tiba Di Pengedar

Advertisements

Kawasaki Malaysia dengan rasminya mengumumkan bahawa empat model CBU Kawasaki yang terdiri dari Z900RS, Ninja 1000SX, Versys 1000SE dan ZX-10R telah pun tiba di pengedar. 

1. Kawasaki Z900RS – RM63,800

Meskipun berciri retro namun Z900RS  dilengkapi dengan spesifikasi moden termasuk enjin empat silinder 848cc yang sama terdapat pada Z900. 

Hasilnya, enjin tersebut menawarkan 111hp pada 8,500rpm dan 98.5Nm pada 6,500. Kuasa enjin pula disalurkan menerusi transmisi 6-kelajuan dengan bantuan klac assist/slipper.

Antara ciri lain ditawarkan termasuk sistem suspensi boleh laras, cakera brek berkembar 300mm, kaliper brek 4-pot depan serta tangki 17L.

2. Kawasaki Ninja 1000SX – RM71,400

Model generasi keempat ini dikuasakan enjin empat silinder 1043cc yang menjana 124.3hp dan 111Nm. 

Tampil dengan rekaan sporty dan agresif seperti ZX-10R, model ini juga datang dengan pelbagai pakej elektronik termasuk panel meter TFT, ‘electronic cruise control, Kawasaki Traction Control (KFT), mod menunggangn dan ‘Kawasaki Cornering Management Function’ (KCMF). 

Bagaimanapun, perlu dimaklumkan bahawa model ini tidak disertakan dengan ‘saddlebag’ secara standard – sehingga diberitahu kelak. 

3. Kawasaki Versys 1000SE – RM81,900

Motosikal ‘touring’ popular Kawasaki kembali bagi tahun 2022 dan tampil dengan tahap keselesaan lebih baik. 

Menawarkan 120hp dan 102Nm daripada enjin empat silinder sama terdapat pada Ninja 1000SX, Versys 1000SE ini juga datang dengan pelbagai ciri elektronik moden termasuk ‘electronic cruise control’, dual throttle valves serta bantuan ‘assist/slipper clutch’.

Pengalaman menungggang juga lebih menarik dengan bantuan ‘quickshifter’.  

4. Kawasaki Ninja ZX-10R – RM112,600

Enjin 998cc 4-inline juga kini berstatus Euro 5 dengan pelepasan emisi yang lebih rendah sekaligus menyaksikan pembakaran enjin lebih efisien di samping menawarkan kuasa sekitar 200hp pada 13,200rpm (300rpm lebih awal berbanding model 2019).

Walaupun rekaan jauh berbeza berbanding model sebelumnya namun perubahan itu dibuat bagi menghasilkan ‘downforce’ yang lebih baik. 

Kawasaki turut meninggikan penghadang angin sehingga 40mm dan tempat letak kaki (foot peg) 5mm lebih tinggi.

Kawasaki turut menunaikan permintaan ‘fanboy’ Ninja dengan memperkenalkan paparan TFT dengan keterhubungan Bluetooth, butang mod tunggangan mudah akses serta ‘electronic cruise control’.

Menurut Kawasaki Malaysia, Z900RS, Ninja 1000SX dan ZX-10R sudah boleh dirisik di pengedar rasmi terdekat sementara Versys 1000SE hanya akan tiba bermula Disember ini. 

Advertisements

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.