EICMA 2022: Benelli TRK800 2023 – 76.2HP, 67Nm

Advertisements

Selepas memperkenalkan beberapa model baharu termasuk BKX250 dan TNT 500, Benelli turut merasmikan pelancaran TRK800 untuk pasaran global.

Model keluaran 2023 itu merupakan ahli baharu dalam keluarga TRK menyertai TRK251, TRK502 dan TRK702.

Menurut Benelli, TRK800 digerakkan enjin parallel-twin 754c 4-stroke dengan penyejukan cecair yang dipinjamkan daripada Leoncino 800. 

Hasilnya, TRK800 itu menghasilkan 76.2hp pada 8,500rpm dan 67Nm pada 6,500rpm. 

Kapasiti enjin itu itu secara tidak langsung menempatkan TRK800 sebagai pesaing bagi Suzuki V-Strom 800DE dan KTM 890 Adventure meskipun kedua-duanya menghasilkan kuasa yang lebih tinggi. 

Seperti TRK502, model baharu ini juga menampilkan elemen motosikal ‘adventure’ dengan mudguard yang lebar dan panjang, penghadang angin tinggi, handguard, pelindung radiator dan rim jenis spoke. 

Bahagian lampu juga direka dengan baik dan menampilkan pencahayaan LED dengan DRL. 

Bagaimanapun, TRK800 ini mendapat pelbagai ciri premium termasuk fork depan 50mm jenis ‘upside/down’ dari Marzocchi yang boleh diselaraskan (preload/rebound). 

Kelengkapan brek pula terdiri daripada cakera brek berkembar 320mm depan dengan cakera 260mm belakang yang dipadankan bersama kaliper brek Brembo serta skrin TFT. 

Seperti model 2023 lain, Benelli TRK800 ini juga akan mula dipasarkan bermula pertengahan 2023 namun tidak dipastikan bila tarikh pelancaran untuk pasaran Malaysia. 

*Benelli TRK702X

Untuk rekod, Benelli juga menawarkan TRK702 dan TRK702 X yang telah dilancarkan lebih awal sekitar bulan Ogos lalu. Model itu pada mulanya dipasarkan di China namun dijangka akan turut dipasarkan di rantau lain.

Advertisements

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.