PH Menang PRU15, Tol PLUS Dimansuhkan – Lim Guan Eng

Parti Pakatan Harapan (PH) akan mansuhkan tol di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) jika sekali lagi dipilih menjadi kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Perkara itu disampaikan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng yang turut memaklumkan PH juga berjaya menurunkan bayaran tol sebanyak 18 peratus sewaktu menerajui kerajaan selama 22 bulan sebelum ini.

Menurut Guan Eng lagi, PH berupaya menghapasukan tol jika diberi mandat untuk mentadbir selama lima tahun.

Pada PRU14 lalu, PH dalam manifestonya berjanji untuk mengkaji semula perjanjian konsesi lebuh raya bagi mengambil alih setiap konsesi tol dengan objektif utama untuk memansuhkan kutipan tol secara berperingkat.

Bagaimanapun, kemelut politik melanda negara selepas itu menyaksikan PH hanya memerintah selama 22 bulan. 

Dijangkakan pelbagai lagi janji yang akan dihamburkan setiap parti politik sebagai usaha memancing undi menjelang PRU15 yang semakin hampir. – SINAR HARIAN

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]